Skip to main content

Singapura

S'pura, China tingkatkan hubungan pertahanan dua hala

Singapura dan China bersetuju untuk meningkatkan hubungan pertahanan dua hala yang mungkin termasuk latihan tentera lebih besar.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura, China tingkatkan hubungan pertahanan dua hala
Diterbitkan : 29 May 2019 09:40PM Dikemas Kini : 29 May 2019 09:44PM

SINGAPURA: Singapura dan China bersetuju untuk meningkatkan hubungan pertahanan dua hala yang mungkin termasuk latihan tentera lebih besar.

Menteri Pertahanan kedua-dua negara juga bersetuju untuk mengkaji semula Perjanjian mengenai Pertukaran Pertahanan dan Kerjasama Keselamatan (ADESC).

Perjanjian itu pertama kali dimeterai pada 2008.

Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen berkata rundingan yang dijalankan mencerminkan keyakinan terhadap satu sama lain, terutama sekali kerana kedua-dua buah negara berkongsi kepentingan dalam mewujudkan rantau yang mantap dan inklusif.

Dr Ng bertemu Menteri Pertahanan China, Jeneral Wei Fenghe, pada Rabu (29 Mei).

Beberapa peningkatan yang disarankan termasuk mengadakan lebih banyak peluang bagi dialog peringkat tinggi dan atur cara baru bagi pertukaran akademik dan kumpulan pemikir.

Perjanjian yang disemak itu dijangka ditandatangani lewat tahun ini.

Jeneral Wei berada di Singapura untuk menghadiri persidangan pertahanan, Dialog Shangri-La, yang bermula lusa.

Kali terakhir seorang Menteri Pertahanan China menyertai dialog tersebut adalah pada 2011.

Sumber : CNA/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita