Skip to main content

Singapura

S'pura, China digesa bekerjasama dalam sektor undang-undang

Singapura dan China perlu bekerjasama bagi mengukuhkan lagi hubungan di peringkat pemerintah dan sektor swasta terutamanya dalam sektor undang-undang.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura, China digesa bekerjasama dalam sektor undang-undang

Encik Edwin Tong di acara jalin hubungan antara para peguam Singapura dan rakan-rakan sejawat dari wilayah Shaanxi, China.

Diterbitkan : 19 Nov 2018 06:54PM Dikemas Kini : 19 Nov 2018 07:00PM

SINGAPURA: Singapura dan China perlu bekerjasama bagi mengukuhkan lagi hubungan di peringkat pemerintah dan sektor swasta terutamanya dalam sektor undang-undang.

Menteri Negara Kanan Undang-undang Edwin Tong berkata demikian di satu acara menjalinkan hubungan antara para peguam Singapura dan rakan-rakan sejawat dari wilayah Shaanxi, China.

Di bawah inisiatif itu 23 orang peguam dari wilayah Shaanxi akan menimba pengalaman bekerja sambil belajar di syarikat-syarikat guaman di negara ini selama sebulan.

Pada minggu pertama, mereka juga akan melawat beberapa buah kementerian dan agensi penting seperti Kementerian Undang-Undang, Lembaga Kemajuan Ekonomi dan Penguasa Kewangan Singapura.

Shaanxi adalah satu daripada dua hab utama 6 dalam Inisiatif Jaluran Ekonomi Laluan Sutera China.  

Sumber : CNA/SS/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita