Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura, Chile, NZ runding kerjasama dagangan digital

Singapura, Chile dan New Zealand telah melancarkan rundingan bersama mengenai perjanjian untuk meningkatkan dagangan digital.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 18 May 2019 10:25PM Dikemas Kini : 19 May 2019 03:02PM

SANTIAGO: Singapura, Chile dan New Zealand telah melancarkan rundingan bersama mengenai perjanjian untuk meningkatkan dagangan digital.

Perjanjian Kerjasama Ekonomi Digital itu dijangka menghasilkan piawai seragam di samping membina lebih banyak hubungan mengenai isu-isu ekonomi digital.

Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing mengumumkan perjanjian tersebut bersama rakan-rakan sejawatan dari Chile dan New Zealand di luar Mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Chile.

Di mesyuarat itu Encik Chan turut menggesa supaya integrasi ekonomi dipertingkatkan dan isu-isu yang timbul seperti ekonomi digital dirundingkan.

Sumber : BERITA Mediacorp/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan