Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura 'catat kemajuan' lawan COVID-19; mesti bersedia tempuhi 'kejutan'

Singapura "mencatat kemajuan" dalam usahanya melawan COVID-19, menurut Perdana Menteri Lee Hsien Loong, yang turut memberi amaran terhadap sebarang "kejutan" yang boleh berlaku seperti yang dialami oleh negara-negara Eropah.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura 'catat kemajuan' lawan COVID-19; mesti bersedia tempuhi 'kejutan'

PM Lee Hsien Loong bercakap kepada para wartawan di akhir Sidang Puncak G20 di Rome pada 31 Okt 2021. (Gambar: MCI)

Diterbitkan : 01 Nov 2021 01:56PM Dikemas Kini : 01 Nov 2021 02:03PM

ROME: Singapura "mencatat kemajuan" dalam usahanya melawan COVID-19, menurut Perdana Menteri Lee Hsien Loong, yang turut memberi amaran terhadap sebarang "kejutan" yang boleh berlaku seperti yang dialami oleh negara-negara Eropah.

PM Lee berkata demikian kepada para wartawan di akhir Sidang Puncak G20 di Rome pada Ahad (31 Okt).

Menurut PM Lee, ia mungkin akan mengambil masa selama beberapa bulan.

Sungguhpun demikian, beliau memberi jaminan bahawa Singapura akan membuka semula sempadannya dengan selamat, sama seperti Itali, yang melaporkan antara kadar vaksinasi tertinggi di Eropah, dengan lebih 72 peratus sudah lengkap divaksin.

Negara itu, yang menguatkuasakan dua perintah berkurung yang ketat sebelum ini, sudahpun melonggarkan sebahagian besar peraturan COVID-19, termasuk pemakaian pelitup di luar rumah.

PM Lee bagaimanapun memberi amaran terhadap "kejutan" yang mungkin boleh berlaku, sambil menarik perhatian bahawa kes-kes jangkitan di Eropah masih tinggi, terutamanya di Eropah Barat, dan pihak berkuasa di sana sedang memantau keadaan dengan teliti.

"Ia mungkin berlaku pada kita juga, tetapi kita melakukannya langkah demi langkah," katanya.

"Ia dilakukan langkah demi langkah, ia sangat membebankan penduduk kita kerana setiap kali kita merasakan seolah-olah kita sudah tiba (di garisan penamat), sesuatu yang baru akan timbul dan anda perlu bertahan sedikit masa lagi."

"Tetapi kita sedang mencatat kemajuan yang baik dan saya yakin kita akan dapat mencapai matlamat kita."

PM Lee juga membuat perbandingan antara Singapura dengan Itali, yang jumlah penduduknya adalah 11 kali lebih ramai.

Setakat ini, Itali melaporkan sekitar 4.7 juta kes jangkitan dan 132,000 kematian akibat COVID-19. Sekiranya perangkaan itu dibandingkan dengan Singapura, PM Lee menarik perhatian bahawa perangkaan tersebut merujuk kepada sekitar 11,000 hingga 12,000 kematian.

Setakat sehingga 31 Okt, angka korban COVID-19 di Singapura adalah sebanyak 407 kematian.


Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan