Skip to main content

Singapura

S'pura catat 23 kes baru COVID-19 termasuk 1 dalam masyarakat

Setelah 2 minggu tiada kes tempatan, hari ini (27 Mac) adalah yang kedua berturut-turut S'pura catat kes COVID-19 dalam masyarakat.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura catat 23 kes baru COVID-19 termasuk 1 dalam masyarakat

Orang ramai di Orchard Rd S'pura memakai pelitup di tengah COVID-19 pada 2 Sep 2020 (Gambar: Gaya Chandramohan)

Diterbitkan : 27 Mar 2021 04:14PM Dikemas Kini : 27 Mar 2021 04:20PM

SINGAPURA: Singapura melaporkan 23 kes baru COVID-19 sehingga tengah hari Sabtu (27 Mac), termasuk satu jangkitan dalam masyarakat.

Kes-kes lain adalah kes import dan dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setiba mereka di Singapura, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kemas kini awal hariannya.

Tiada jangkitan baru dikesan dalam dormitori pekerja migran.

Pada Jumaat, Singapura melaporkan kes pertama dalam masyarakat dalam tempoh dua minggu - seorang pekerja pembantu rumah dari Myanmar, berusia 26 tahun.

Sehingga Sabtu, Singapura melaporkan 60,288 kes COVID-19 kesemuanya.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita