Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura, Brunei bertukar-tukar pandangan berhubung isu alam sekitar

Singapura dan Brunei Darussalam mengadakan pertemuan dua hari yang "membuahkan hasil" berhubung isu-isu alam sekitar, dedah Menteri Sekitaran dan Sumber Air Masagos Zulkifli pada Sabtu (7 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura, Brunei bertukar-tukar pandangan berhubung isu alam sekitar

(Gambar: Facebook/Masagos Zulkifli)

Diterbitkan : 07 Sep 2019 11:17PM Dikemas Kini : 07 Sep 2019 11:23PM

SINGAPURA: Singapura dan Brunei Darussalam mengadakan pertemuan dua hari yang "membuahkan hasil" berhubung isu-isu alam sekitar, dedah Menteri Sekitaran dan Sumber Air Masagos Zulkifli pada Sabtu (7 Sep).

Encik Masagos menulis demikian di Facebook menyusuli Lawatan Tahunan ke-13 Brunei Darussalam-Singapura, di mana beliau menjadi tuan rumah bagi lawatan Menteri Pembangunan Brunei Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar dan rombongannya.

Menurut Encik Masagos, pertemuan antara kedua-dua pihak itu menyentuh tentang peningkatan kerjasama berhubung pelbagai hal berkaitan dengan menangani perubahan iklim.

"Kami membincangkan peningkatan kerjasama dalam bidang-bidang inovasi sekitaran, pendidikan awam dan perancangan jangka panjang, serta bertukar-tukar pandangan berhubung usaha masing-masing dalam menangani banjir kilat, yang berlaku secara lebih kerap akibat perubahan iklim," tulis Encik Masagos.

Beliau turut berkongsi dengan Encik Suhaimi tentang bagaimana Rang Undang-Undang Kemampanan Sumber membolehkan Singapura melaksanakan Pelan Induk Sifar Sisa serta usaha Singapura menuju ke arah "pendekatan ekonomi kitar".

"Brunei sedang menimbangkan langkah-langkah serupa dan meneroka cara mengurangkan sampah marin menerusi daya usaha pembersihan Sungei Brunei," tambah Encik Masagos.

Beliau turut berkata di peringkat ASEAN, Singapura memperbaharui sokongan untuk bekerja rapat dengan Brunei bagi daya usaha pendidikan sekitaran dalam Kumpulan Kerja ASEAN berhubung Pendidikan Sekitaran yang dipengerusikan negara itu.

Kedua-dua pihak turut menyentuh tentang keprihatinan yang meningkat berhubung mutu udara, termasuk kebimbangan tentang jerebu rentas sempadan semasa musim panas.

"Rundingan sepanjang dua hari lalu amat berhasil. Brunei adalah salah sebuah negara jiran rapat kita, dan saya mengalu-alukan kerjasama berterusan berhubung pelbagai isu sekitaran demi memperbaiki kehidupan rakyat masing-masing."

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : BERITA Mediacorp/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan