Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura boleh jadi tempat terbaik di dunia untuk meniti usia senja: Tan Chuan-Jin

Bantu jadikan Singapura tempat terbaik di dunia untuk bersara dan meniti usia senja. Demikian seru Pengerusi Kumpulan Warga Emas Parti Tindakan Rakyat (PAP) Tan Chuan-Jin kepada rakyat Singapura sedang negara ini berdepan dengan cabaran-cabaran masyarakat menua.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura boleh jadi tempat terbaik di dunia untuk meniti usia senja: Tan Chuan-Jin

DPM Heng Swee Keat dan Speaker Parlimen Tan Chuan-Jin di acara PAP pada 13 Okt. (Gambar: Nuria Ling/TODAY)

Diterbitkan : 14 Oct 2019 01:09PM Dikemas Kini : 14 Oct 2019 05:54PM

SINGAPURA: Bantu jadikan Singapura tempat terbaik di dunia untuk bersara dan meniti usia senja. Demikian seru Pengerusi Kumpulan Warga Emas Parti Tindakan Rakyat (PAP) Tan Chuan-Jin kepada rakyat Singapura sedang negara ini berdepan dengan cabaran-cabaran masyarakat menua.

Memandangkan penuaan merupakan sesuatu yang tidak dapat dielakkan dan akan menjejas semua orang, rakyat Singapura perlu "bersedia mengharunginya dan memastikan ia berjalan lancar untuk semua," kata Encik Tan, yang juga Speaker Parlimen, pada Ahad (13 Okt).

Beliau turut menggesa agar naratif penuaan "diubah".

"Penuaan tidak harus dilihat sebagai satu masalah yang perlu diatasi - naratif negatif seperti itu akan membuat kita percaya bahawa ia benar-benar akan berlaku," kata Encik Tan.

"Sebaliknya, kita harus berani merubah naratif kita dan mewujudkan agenda positif."

Beliau berkata demikian kepada sekitar 420 aktivis dari Kumpulan Warga Emas PAP, yang dibentuk pada 2013 untuk memperjuangkan isu-isu warga emas.

Di acara yang diadakan di Restoran Peach Garden di Hotel Miramar, Encik Tan dan Penolong Setiausaha Agung Pertama PAP Heng Swee Keat melancarkan buku panduan yang menerangkan tentang pelbagai skim dan inisiatif Pemerintah, khusus bagi warga lanjut usia.

Ia bertujuan membantu para aktivis PAP untuk menjelaskan tentang dasar-dasar rumit Pemerintah kepada para penduduk - seperti soal CareShield Hayat dan kadar sumbangan Tabung Simpanan Pekerja (CPF).

Mengulas lebih lanjut mengenai usulannya untuk "membentuk semula naratif", Encik Tan kemudian memberitahu para wartawan bahawa beliau terkesan bagaimana Generasi Merdeka - rakyat Singapura yang dilahirkan pada tahun 1950-an - mungkin dianggap sebagai beban masyarakat.

"Apa yang membuat saya terkesan adalah istilah itu sendiri. 'Merdeka' bermaksud kebebasan dan keupayaan berdikari. Mengapa kita menganggapnya sebagai fasa kehidupan selanjutnya apabila ia memang benar-benar tahun terbaik dalam kehidupan yang sedang menanti kita? Ayuh kita menjadikannya begitu," katanya.

Ini bermakna, mengajukan soalan tentang bagaimana untuk menyokong idea bagi dasar-dasar mesra warga emas, dan bagaimana membolehkan masyarakat memainkan peranan menyediakan persekitaran yang sesuai di samping mendakapi pelbagai inisiatif yang boleh menjadikannya satu realiti, tambah beliau.  

Sumber : Today/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan