S'pura bersiap hulur bantuan kemanusiaan kepada Indonesia
Singapura bersiap untuk memberikan bantuan kemanusiaan kepada Indonesia. Menulis di laman Facebook, Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen berkata pesawat pengangkut C-130 sedang bersiap untuk dikerah.
SINGAPURA: Singapura bersiap untuk memberikan bantuan kemanusiaan kepada Indonesia.
Menulis di laman Facebook, Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen berkata pesawat pengangkut C-130 sedang bersiap untuk dikerah.
Beliau turut menyampaikan ucap takziah kepada keluarga mangsa-mangsa.
Dalam pada itu, Persatuan Palang Merah Singapura (SRC) dan badan bantuan kemanusiaan
Mercy Relief sudah melancarkan pungutan derma bagi membantu para mangsa gempa dan Tsunami di Sulawesi.
Persatuan Palang merah juga mengikrarkan bantuan sebanyak AS$36,000 (S$50,000) dalam bentuk bantuan kemanusiaan.
SRC sudah mengerahkan pasukan respon kecemasannya untuk bersiap ke lokasi bencana esok bagi misi bantuan selama enam hari.
Mercy Relief juga akan menghantar pasukan respon kecemasannya ke Palu esok (2 Okt) untuk menjalankan fasa pertama pengagihan bantuan kecemasan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.