Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura 'berharap' dapat perluas vaksin COVID-19 kepada kanak-kanak bawah 12 tahun mulai Jan

Singapura berharap dapat memperluaskan program vaksinasi kebangsaan COVID-19 kepada kanak-kanak bawah usia 12 tahun pada Januari 2022, menurut pengarah khidmat perubatan Kementerian Kesihatan (MOH) Kenneth Mak.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura 'berharap' dapat perluas vaksin COVID-19 kepada kanak-kanak bawah 12 tahun mulai Jan

(Gambar: Facebook/Chan Chun Sing)

Diterbitkan : 20 Nov 2021 03:40PM Dikemas Kini : 20 Nov 2021 03:41PM

SINGAPURA: Singapura berharap dapat memperluaskan program vaksinasi kebangsaan COVID-19 kepada kanak-kanak bawah usia 12 tahun pada Januari 2022, menurut pengarah khidmat perubatan Kementerian Kesihatan (MOH) Kenneth Mak.

Bercakap di sidang media pasukan bertindak berbilang kementerian pada Sabtu (20 Nov), Profesor Madya Mak berkata kanak-kanak bawah usia 12 tahun membentuk sekitar 11.2 peratus kes COVID-19 di Singapura pada 19 November.

Empat minggu lalu, jumlah itu adalah 6.7 peratus, tambah beliau, sambil menambah Singapura menyaksikan "trend perlahan" kes yang bertambah dalam kumpulan usia itu.

Purata kes yang menjejas mereka dalam usia antara 12 dengan 20 tahun pula tidak berubah "seperti itu", katanya, sambil menambah bahawa ia "terus berada" antara 4 dengan 5 peratus, kata Profesor Madya Mak.

"Kanak-kanak ini kekal mudah terjejas kerana mereka belum lagi layak untuk mendapatkan vaksin yang boleh melindungi mereka daripada jangkitan. Dan ia lazimnya lebih sukar untuk mendapatkan mereka supaya mematuhi langkah-langkah sekatan COVID-19, memakai pelitup dan menjaga jarak selamat.

Ramai daripada kanak-kanak ini mengalami "simptom ringan", namun Singapura menyaksikan "sejumlah kecil" kanak-kanak yang memerlukan jagaan pediatrik ICU bagi jangkitan lebih serius atau komplikasi kerana jangkitan tersebut.

Terdapat beberapa kes sindrom radang pelbagai sistem dalam kanak-kanak (MIS-C) yang dilaporkan kepada MOH," kata Profesor Madya Mak sambil menambah bahawa ini ditangani lebih awal.

Empat kes sedemikian dilaporkan dalam kalangan lebih 8,000 kes pediatrik COVID-19 di Singapura sejak permulaan pandemik.

Kesemua kanak-kanak itu dimasukkan ke hospital antara Oktober dengan November tahun ini, dan kes berkenaan "dianggap jarang berlaku", menurut MOH ketika itu.

Pihak berkuasa kesihatan sedang bekerjasama dengan jawatankuasa pakar vaksin COVID-19 untuk memperluaskan program vaksinasi kebangsaan kepada kanak-kanak berusia antara lima dengan 11 tahun bagi mengurangkan risiko mereka dijangkiti, kata Profesor Madya Mak.

Penguasa Sains Kesihatan (HSA) juga akan bekerjasama dengan Pfizer berhubung kelulusan kawal selia sewajarnya, katanya.

"Kami berharap dapat melancarkan program vaksinasi kebangsaan yang diperluaskan setelah memperolehi kelulusan bagi kanak-kanak bawah usia 12 tahun, kemungkinannya pada Januari 2022."

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan