Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura bergantung pada usaha global tangani perubahan iklim: Teo Chee Hean

Meskipun Singapura mesti melakukan yang terbaik untuk menangani perubahan iklim, negara ini secara amnya bergantung kepada usaha kolektif global untuk menangani isu itu, menurut Menteri Kanan Teo Chee Hean pada Khamis (4 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 04 Mar 2021 03:13PM Dikemas Kini : 04 Mar 2021 09:49PM

SINGAPURA: Meskipun Singapura mesti melakukan yang terbaik untuk menangani perubahan iklim, negara ini secara amnya bergantung kepada usaha kolektif global untuk menangani isu itu, menurut Menteri Kanan Teo Chee Hean pada Khamis (4 Mac).

Singapura menyumbang sekitar 0.1 peratus daripada pengeluaran gas rumah hijau global, menurut Encik Teo, yang juga Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara.

Bagaimanapun, pengeluaran global secara keseluruhan - termasuk 99.9 peratus yang lain turut menjejas Singapura, dan "seringkali lebih serius berbanding negara-negara lebih besar," kata Encik Teo, sambil menambah bahawa perubahan iklim menyebabkan "cabaran yang tidak sama" untuk negara kecil seperti Singapura.

Oleh itu, Singapura sedang bekerjasama dengan para pemain antarabangsa untuk menangani isu itu.

Encik Teo ialah pengerusi Jawatankuasa Antara Kementerian mengenai Perubahan Iklim, yang dibentuk pada 2007 untuk menyelaraskan tindak balas seluruh negara.

"Singapura berusaha keras untuk mengukuhkan kata sepakat dan mendorong tindakan iklim secara serantau dan global," kata Encik Teo dalam ucapan Jawatankuasa Perbekalan di Parlimen.

"Ini terutamanya penting ketika sistem berbilang hala mengalami tekanan disebabkan oleh dasar perlindungan dan tindakan sehala yang diburukkan lagi oleh cabaran COVID-19," tambahnya. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan