S'pura berada dalam kedudukan baik sebagai hab khidmat, dagangan karbon serantau
Satu tinjauan baru mendapati Singapura berada dalam kedudukan baik untuk menjadi hab khidmat dan dagangan karbon bagi rantau ini.
SINGAPURA: Satu tinjauan baru mendapati Singapura berada dalam kedudukan baik untuk menjadi hab khidmat dan dagangan karbon bagi rantau ini.
Ia dianggarkan boleh menyumbang S$7.6 bilion kepada ekonomi negara menjelang 2050.
Menurut tinjauan Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) dan Enterprise Singapore, negara ini mempunyai asas yang kukuh bagi khidmat pengurusan karbon.
Ini termasuk ekosistem khidmat karbon yang berkembang dengan ibu pejabat atau pejabat serantau bagi lebih 70 firma yang berpangkalan di sini.
Tinjauan itu juga mendapati Singapura boleh menawarkan pelbagai khidmat termasuk khidmat kewangan dan guaman berhubung imbangan karbon serta urus tadbir kredit karbon.
Ini boleh mewujudkan peluang pekerjaan dalam bidang-bidang seperti pengesahan usaha mengurangkan pelepasan karbon.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.