S'pura belum terima saranan rasmi mahupun komunikasi dari M'sia berhubung pembinaan laluan baru
Singapura menyatakan bahawa ia belum menerima sebarang saranan rasmi mahupun sebarang bentuk komunikasi dari Malaysia mengenai pembinaan sebuah laluan baru yang akan menghubungkan kedua-dua negara.
SINGAPURA: Singapura menyatakan bahawa ia belum menerima sebarang saranan rasmi mahupun sebarang bentuk komunikasi dari Malaysia mengenai pembinaan sebuah laluan baru yang akan menghubungkan kedua-dua negara.
Demikian respons Kementerian Ehwal Luar Singapura (MFA) berhubung pertanyaan media mengenai komen oleh Menteri Besar Johor Osman Sapian.
Encik Osman yang dipetik oleh akhbar berbahasa Cina di Malaysia, memberitahu para wartawan bahawa Johor akan membina jambatan laluan ketiga yang akan menghubungkan Singapura dan Malaysia.
Dan jambatan itu akan dibina dari daerah Pengerang di bahagian tenggara Johor.
Encik Osman juga dilaporkan berkata, kedua-dua negara akan membincangkan isu pertikaian sempadan semasa Mesyuarat Jawatankuasa Menteri Bersama bagi Iskandar Malaysia pada bulan Januari depan yang akan dihadiri beliau bersama Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali.
MFA menjelaskan bahawa mesyuarat Jawatankuasa Menteri Bersama (JMC) bagi Iskandar Malaysia adalah platform dua hala yang diadakan untuk menyemak semula kemajuan kerjasama ekonomi di Iskandar Malaysia, yang dijadual berlangsung pada bulan Januari tahun depan.
JMC Iskandar Malaysia tidak mempunyai sebarang mandat untuk membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan isu batas pelabuhan Johor Bahru.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.