S'pura bantu Myanmar tingkatkan rawatan trauma
Singapura akan membantu Myanmar meningkatkan rawatan penjagaan trauma di bawah projek latihan baru selama tiga tahun, menyusuli perjanjian yang dimeterai pada Jumaat (31 Ogos).
Hospital Besar Yangon (YGH). (Gambar: Leong Wai Kit)
YANGON: Singapura akan membantu Myanmar meningkatkan rawatan penjagaan trauma di bawah projek latihan baru selama tiga tahun, menyusuli perjanjian yang dimeterai pada Jumaat (31 Ogos).
Perjanjian itu, yang melibatkan SingHealth, Yayasan Antarabangsa Singapura (SIF) dan Hospital Besar Yangon (YGH), akan memanfaatkan sekitar 30,000 pesakit.
Kakitangan perubatan dari SingHealth akan membantu hampir 200 rakan sejawat mereka di YGH meningkatkan kemahiran mereka dan memperbaiki sistem mereka untuk merawat kecederaan yang parah. Para pekerja tersebut akan mengongsi kemahiran tersebut dengan rakan kerja mereka di hospital-hospital lain.
Myanmar mempunyai kes kecemasan tinggi yang disebabkan oleh kemalangan jalan raya atau di tempat kerja setiap tahun.
YGH adalah kemudahan terbesar di Myanmar dengan 2,000 katil. 200 daripadanya diketepikan untuk pesakit-pesakit trauma. Hospital tersebut menerima sekitar 30 pesakit sedemikian sehari, yang mengakibatkan sumber-sumber yang ada, tidak mencukupi.
Selain menjalani latihan untuk meningkatkan kemahiran mereka, segolongan kakitangan dari Hospital Besar Yangon akan membuat lawatan belajar ke Singapura, di mana mereka akan belajar dan bertukar-tukar pandangan dan pengetahuan dengan rakan-rakan mereka di pelbagai hospital dan poliklinik.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.