Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura bakal pertingkat sistem kesan ancaman maritim 10 kali lebih pantas

Sebuah sistem pengesanan ancaman maritim akan dipertingkatkan bagi mengenal pasti risiko keselamatan 10 kali ganda lebih pantas, menjelang pertengahan 2022.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Nov 2021 08:36PM Dikemas Kini : 12 Nov 2021 08:47PM

SINGAPURA: Sebuah sistem pengesanan ancaman maritim akan dipertingkatkan bagi mengenal pasti risiko keselamatan 10 kali ganda lebih pantas, menjelang pertengahan 2022.

Sistem pemprosesan data menggunakan Kecederdasan Buatan (AI) itu dapat mengenalpasti kehadiran kapal-kapal yang menimbulkan ancaman dalam masa nyata, dan didedahkan pada akhir latihan maritim "Highcrest" selama lima hari.

Seramai 450 kakitangan dari pelbagai agensi seperti Angkatan Laut Republik Singapura, Polis Pengawal Pantai serta Penguasa Maritim dan Pelabuhan (MPA) terlibat dalam latihan itu.

Mereka menjalani latihan pelbagai senario seperti kapal tangki yang dirampas ketika dalam perjalanan ke Pulau Jurong dan boleh digunakan sebagai sebuah bom terapung oleh pihak pengganas.

Menteri Kanan Teo Chee Hean yang menyaksikan latihan "Highcrest" itu menarik perhatian ia mencerminkan kesediaan agensi-agensi maritim dalam menghadapi pengganasan maritim.

Tahun ini merupakan ulang tahun ke-10, Pusat Krisis Maritim Singapura.

Pusat itu ditubuhkan bagi menyelaras tindakan pelbagai agensi terhadap sebarang serangan. 

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan