Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura bakal perkenal tanda jenama mutu baru bagi tembusi pasaran global

Singapura akan memperkenalkan tanda jenama mutu baru mulai November ini untuk memasarkan lagi produk-produknya dalam pasaran antarabangsa. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 Sep 2020 07:59PM Dikemas Kini : 21 Sep 2020 08:43PM

SINGAPURA: Singapura akan memperkenalkan tanda jenama mutu baru mulai November ini untuk memasarkan lagi produk-produknya dalam pasaran antarabangsa.

Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing berkata tanda mutu itu akan mula digunakan bagi produk-produk dalam industri makanan dan minuman (F&B).

Keselamatan makanan adalah satu isu genting bagi kebanyakan negara, terutama sekali sejak pandemik COVID-19 melanda.

Singapura sedang merebut peluang itu untuk mengukuhkan tanda jenamanya di peringkat global.

Ini akan dilakukan dengan memanfaatkan potensi dalam industri penghasilan makanan yang kian berkembang.

Berucap semasa melawat sebuah syarikat pengeluar makanan, Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chung Sing, yang ditemani Menteri Tenaga Manusia Josephine Teo, akur industri penghasilan makanan berkembang secara berterusan sebelum berlakunya COVID-19.

Kadar pulangan tahunannya adalah sekitar 6.45 peratus antara 2013 hingga 2018.

Meskipun sektor itu berdepan cabaran dalam rantaian bekalannya sekarang, Encik Chan berkata potensinya tetap baik.

"Bagi pertumbuhan ekonomi kita nanti, kami menjangkakan industri penghasilan makanan akan menjadi tunggak utama bagi portfolio sektor-sektor berkembang yang lebih pelbagai di Singapura.

"Kami melakukan ini kerana ada pasaran baik di Asia bagi makanan bermutu tinggi dan mampan. Sedang kita mengembangkan sektor ini, kita juga akan dapat memenuhi lebih baik keperluan domestik bagi keselamatan makanan dan daya bingkas rantaian bekalan kita," menurut Encik Chan.

Encik Chan menambah, tumpuan terhadap mutu akan menjadi faktor utama yang membezakan produk-produk Singapura dalam industri makanan dan membolehkan produk-produk itu mendapat premium dalam pasaran antarabangsa.

Namun semua itu, tambah beliau, bukan sekadar tentang menjual produk tempatan di luar negara tetapi juga tentang mewujudkan pekerjaan. 

Sumber : CNA/AQ/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan