Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura bakal meterai FTA dengan Perikatan Pasifik tahun depan

Secara kolektif, Perikatan Pasiifik adalah ekonomi kelapan terbesar dan pengeksport ketujuh terbesar di dunia.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura bakal meterai FTA dengan Perikatan Pasifik tahun depan

Perdana Menteri Lee Hsien Loong di Sidang Puncak Perikatan Pasifik pada 11 Disember 2020. (Gambar: MCI)

Diterbitkan : 12 Dec 2020 10:44AM Dikemas Kini : 12 Dec 2020 01:09PM

SINGAPURA: Singapura merancang untuk memeterai Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dengan Perikatan Pasifik yang terdiri daripada Chile, Colombia, Mexico dan Peru pada tahun depan, menurut setiausaha media Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada Jumaat (11 Dis).

"Kemajuan yang besar" berjaya dicapai dalam perjanjian yang dirundingkan selama tiga tahun itu, kata Cik Chang Li Lin.

PM Lee pada Jumaat menghadiri Sidang Puncak ke-15 Perikatan Pasifik melalui persidangan video.

Ia juga merupakan penyertaan sulung PM Lee dalam mesyuarat tahunan itu.

Singapura diundang untuk menyertai sidang tersebut sebagai Calon Negara Bersekutu bagi perikatan tersebut.

"Selepas tiga tahun merundingkannya, kami berhasil meraih kemajuan yang ketara dan FTA Perikatan Pasifik-Singapura berjaya mencapai kemajuan yang besar," kata Cik Chang.

Memperkukuhkan hubungan ekonomi antara Singapura dengan perikatan itu akan meningkatkan perdagangan dan pelaburan, di samping mewujudkan lebih banyak peluang untuk syarikat-syarikat perniagaan dan mengeratkan hubungan antara kedua-dua rantau ini, tambah beliau.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan sejurus selepas sidang puncak itu, Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing berkata perjanjian itu akan mempertingkatkan lagi akses untuk menembusi pasaran Perikatan Pasifik bagi syarikat-syarikat perusahaan dari Singapura.

Secara kolektif, Perikatan Pasifik adalah ekonomi kelapan terbesar dan pengeksport ketujuh terbesar di dunia.

Pada 2019, perdagangan keseluruhan Singapura bersama dengan perikatan itu bernilai S$6.1 bilion yang membentuk 33.2 peratus daripada perdagangan barangan Singapura dengan Amerika Latin secara keseluruhannya. 

Sumber : CNA/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan