Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura, Australia sambut baik kemajuan berterusan kawasan latihan SAF di Queensland

Singapura dan Australia mengalu-alukan kemajuan berterusan bagi pembangunan kawasan latihan tentera Singapura di Queensland.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura, Australia sambut baik kemajuan berterusan kawasan latihan SAF di Queensland

(Gambar: Ng Eng Hen/Facebook)

Diterbitkan : 20 Oct 2020 08:27PM Dikemas Kini : 20 Oct 2020 08:46PM

SINGAPURA: Singapura dan Australia mengalu-alukan kemajuan berterusan bagi pembangunan kawasan latihan tentera Singapura di Queensland.

Menteri Pertahanan Australia Linda Reynolds bertemu rakan sejawatannya, Dr Ng Eng Hen siang tadi.

Pada Mac lalu, kedua-dua negara menandatangani perjanjian untuk memberi lebih banyak akses latihan kepada SAF di Australia.

Semasa pertemuan mereka, Cik Reynolds dan Dr Ng juga bersetuju untuk terus mengukuhkan kerjasama dalam pelbagai wadah keselamatan utama seperti Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN-Plus dan Perjanjian Pertahanan Lima Negara.

Cik Reynolds berada di sini kerana melakukan lawatan pengenalan.

Atur cara lawatan beliau hari ini termasuk bertemu Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan Timbalan Menteri Heng Swee Keat. 

Sumber : CNA/HK/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan