Skip to main content

Singapura

S'pura, Australia meterai perjanjian dagangan digital

Syarikat-syarikat di Singapura dan Australia akan mendapati lebih mudah dan menjimatkan kos bagi urusan perniagaan merentas sempadan.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 06 Aug 2020 07:13PM Dikemas Kini : 06 Aug 2020 10:01PM

SINGAPURA: Syarikat-syarikat di Singapura dan Australia akan mendapati lebih mudah dan menjimatkan kos bagi urusan perniagaan merentas sempadan.

Ini menyusuli satu perjanjian dagangan digital yang dimeterai kedua-dua negara hari ini (6 Ogos).

Perjanjian tersebut adalah yang kedua dimeterai Singapura selepas New Zealand dan Chile sebelum ini.

Perjanjian itu ditandatangani secara elektronik oleh Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing dengan Menteri Perdagangan, Pelancongan dan Pelaburan Australia Simon Birmingham.

Menurut Singapura, kedua-dua negara menyasarkan untuk mencipta persekitaran dagangan digital tanpa halangan yang amat penting untuk perniagaan semasa pandemik COVID-19.

Encik Chan berkata perjanjian itu membolehkan syarikat-syarikat untuk memanfaatkan ekonomi digital dan teknologi baru untuk mencipta produk-produk dan perkhidmatan digital, sedang mereka meneroka cara-cara inovatif untuk mendekati pelanggan.

Sumber : CNA/SY/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita