Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura antara 8 negara paling terdesak berhubung isu air jelang 2040, menurut Institut Sumber Sedunia

Singapura disenaraikan sebagai salah satu daripada lapan negara yang akan paling terdesak berhubung isu air menjelang 2040, menurut ranking Institut Sumber Sedunia (WRI).

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura antara 8 negara paling terdesak berhubung isu air jelang 2040, menurut Institut Sumber Sedunia

Menteri Sumber Air dan Irigasi Mesir, Dr Mohamad Abdel Atty, dan pasukan MEWR di Pusat Pengunjung NEWater. (Gambar: Masagos Zulkifli/Facebook)

BERITAmediacorp: Singapura disenaraikan sebagai salah satu daripada lapan negara yang akan paling terdesak berhubung isu air menjelang 2040, menurut ranking Institut Sumber Sedunia (WRI).

Menulis di laman Facebooknya pada Jumaat (29 Mac), Menteri Sekitaran dan Sumber Air Masagos Zulkifli berkata bagi menangani cabaran itu, Singapura sudah mempelbagaikan bekalan air negara ini serta membuat pelaburan dalam bidang prasarana dan inovasi sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Semua ini, menurut Encik Masagos, adalah bagi melindungi kebingkasan bekalan air negara.

Beliau berkata sedang Singapura terus berusaha untuk mencapai matlamat kemampanan air, ia juga mengalu-alukan pertukaran amalan terbaik dan kerjasama dengan negara-negara lain, selain belajar dan bekerja rapat dengan negara-negara tersebut.

Menurut Encik Masagos, beliau berbesar hati apabila Menteri Sumber Air dan Irigasi Mesir, Dr Mohamad Abdel Atty, menerima undangan untuk melakukan lawatan ke negara ini di bawah Program Tetamu Unggul Kementerian Sekitaran dan Sumber Air (MEWR).

Semasa di Singapura, Dr Mohamad Abdel Atty mengunjungi Pusat Pengunjung NEWater, loji penyulingan Tuas dan Bendungan Marina. Menurut Encik Masagos, pasukannya berpeluang mengongsi pengalaman Singapura dalam bidang mengitar semula air, serta penyulingan air, pengurusan rangkaian dan perkembangan teknologi air bersama menteri tersebut.

"Saya gembira dapat berjumpa dengan Dr Atty sekali lagi. Saya juga berbesar hati apabila mendapat tahu bahawa beliau dan pasukannya dapat mempelajari tentang pengalaman Singapura dalam bidang pengurusan air," kata Encik Masagos dalam catatan Facebooknya.

"Saya mengalu-alukan kerjasama yang rapat dengan Dr Atty bagi menggalak syarikat-syarikat dan institusi-institusi kajian kita untuk terus bekerjasama dalam projek prasarana serta kajian dan pengembangan (R&D) untuk membangunkan lebih banyak teknologi air yang cekap menggunakan tenaga," tambahnya.

Ketika di Singapura, Dr Mohamad Abdel Atty juga mengadakan pertemuan dengan para wakil daripada beberapa syarikat utama seperti ST Engineering, ZWEE Analytics, Sembcorp, Keppel Infrastructure, HSL dan Meinhardt - semasa satu jamuan malam. 

Sumber : BERITA Mediacorp/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan