S'pura alu-alukan kerjasama dengan India bagi tingkatkan pelibatan di rantau Asia Tenggara
Presiden Halimah Yacob berkata Singapura mengalu-alukan kerjasama dengan India untuk memperdalam pelibatan negara itu dengan rantau ini serta mengukuhkan Kerjasama Strategik ASEAN-India.

Presiden Halimah Yacob. (Gambar: Nuria Ling/TODAY)
SINGAPURA: Presiden Halimah Yacob berkata Singapura mengalu-alukan kerjasama dengan India untuk memperdalam pelibatan negara itu dengan rantau ini serta mengukuhkan Kerjasama Strategik ASEAN-India.
Beliau berkata demikian dalam surat tahniah kepada Presiden Ram Nath Kovind sempena Hari Kemerdekaan India ke-75 pada Ahad (15 Ogos).
Presiden Halimah berkata kedua-dua negara menjalinkan hubungan yang luas dan dalam.
Menurut beliau lagi, meskipun terdapat cabaran dek COVID-19, Singapura dan India berjaya memupuk hubungan akrab melalui sokongan dua hala.
Presiden Halimah menambah bahawa Singapura yakin terhadap prospek pertumbuhan India dan negara itu kekal menjadi sumber pelaburan langsung asing terbesar Singapura.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.