Skip to main content

Singapura

S'pura alu-alukan keputusan AS sertai semula Perjanjian Paris tentang perubahan iklim: MFA

Singapura mengalu-alukan pengumuman Amerika Syarikat bahawa ia akan menyertai semula Perjanjian Paris mengenai perubahan iklim, menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Khamis (21 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 21 Jan 2021 12:10PM Dikemas Kini : 22 Jan 2021 01:51AM

SINGAPURA: Singapura mengalu-alukan pengumuman Amerika Syarikat bahawa ia akan menyertai semula Perjanjian Paris mengenai perubahan iklim, menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Khamis (21 Jan).

Amerika Syarikat secara formal menarik diri daripada perjanjian global itu pada 4 Nov tahun lalu di bawah pentadbiran bekas Presiden Donald Trump.

Tidak lama selepas dilantik secara rasmi pada Rabu (20 Jan), Presiden Joe Biden menandatangani tindakan ekseutif, antara lain, untuk menyertai semula perjanjian itu.

"Perubahan iklim merupakan ancaman terhadap kewujudan manusia dan memerlukan tindak balas global yang bersepadu dan berdaya tahan," menurut MFA dalam satu kenyataan media.

"Keputusan Amerika Syarikat untuk kembali menyertai Perjanjian Paris adalah perkembangan positif yang merupakan rangsangan penting dalam usaha global berterusan bagi menangani perubahan iklim secara bersama.

"Ia menunjukkan tekad Amerika Syarikat untuk menyediakan kepimpinan global bagi tindakan iklim segera dan untuk bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa bagi memajukan perundingan berbilang hala."

Singapura bersedia untuk bekerjasama dengan Amerika Syarikat, pihak-pihak lain dalam perjanjian itu dan pihak-pihak berkepentingan utama bagi mencapai matlamat Perjanjian Paris, menurut MFA.

"Sebagai rakan lama dan rapat kepada Amerika Syarikat, Singapura berharap dapat meluaskan kerjasama dua hala dan serantau mengenai perubahan iklim," tambahnya.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita