Skip to main content

Singapura

S'pura akan terus terbuka, kekalkan ketersambungan dunia, kata Chan Chun Sing

Singapura akan terus terbuka dan mengekalkan ketersambungannya dengan dunia. Namun untuk melakukan demikian, ia memerlukan kepimpinan untuk membantu orang ramai membuat penyesuaian yang diperlukan bagi meraih manfaat daripada sistem bersepadu sejagat.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 22 Jul 2019 10:33PM Dikemas Kini : 22 Jul 2019 10:47PM

SINGAPURA: Singapura akan terus terbuka dan mengekalkan ketersambungannya dengan dunia. Namun untuk melakukan demikian, ia memerlukan kepimpinan untuk membantu orang ramai membuat penyesuaian yang diperlukan bagi meraih manfaat daripada sistem bersepadu sejagat.

Demikian menurut Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing semasa sidang para pemimpin muda di Hwa Chong Institution pada Isnin (22 Jul).

Tambah Encik Chan, penyesuaian yang dimaksudkannya termasuk memanfaatkan model-model perniagaan baru dan mengubah suai kepada kemahiran baru.

Sidang Para Pemimpin Muda Asia-Pasifik ke-13 melibatkan lebih 90 pelajar dan guru dari hampir 30 buah sekolah dari negara-negara seperti Finland, Amerika Syarikat dan India.

Program enam hari itu turut akan membawa para perwakilan muda sidang tersebut, ke pusat-pusat nadi Singapura, selain badan-badan berkanun dan institusi pengajian tinggi.

Ia merupakan sebahagian usaha untuk menimba pengalaman Singapura dalam rantau Asia Pasifik serta mewujudkan wadah rangkaian rentas budaya.

Sumber : CNA/AA/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita