S'pura akan sertai kaji semula teknikal pesawat Boeing 737 Max
Singapura akan menyertai satu kajian semula aspek teknikal pesawat Boeing 737 Max yang diterajui Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat.

Pesawat 737 MAX di kilang Boeing. (Gambar fail: Reuters)
SINGAPURA: Singapura akan menyertai satu kajian semula aspek teknikal pesawat Boeing 737 Max yang diterajui Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat.
Penguasa Penerbangan Awam Singapura atau CAAS menyatakan, pihaknya sudah menerima undangan dari badan itu, tetapi enggan mendedahkan mengenai peranan khususnya dalam pengkajian semula itu.
Pesawat penumpang Boeing 737 Max tersebut terlibat dalam dua nahas maut dalam tempoh lima bulan, dan khidmat pesawat jenis itu sudah digantung di merata dunia, termasuk di Singapura.
CAAS akan menyertai pasukan antarabangsa dalam pengkajian semula itu yang turut melibatkan badan-badan kawal selia penerbangan awam dari Amiriah Arab Bersatu dan Kanada.
Pasukan itu akan menilai semula keselamatan pesawat itu dan sofwe kawalannya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.