Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura akan padankan langkah M'sia mansuhkan tol motosikal di Link Kedua Tuas

Singapura akan memadankan kadar tol Malaysia di Link Kedua Tuas pada tahun depan, menurut Kementerian Pengangkutan (MOT) pada Ahad (4 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura akan padankan langkah M'sia mansuhkan tol motosikal di Link Kedua Tuas

Link kedua ke Malaysia dari Tuas. (Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 05 Nov 2018 08:44AM Dikemas Kini : 05 Nov 2018 08:46AM

SINGAPURA: Singapura akan memadankan kadar tol Malaysia di Link Kedua Tuas pada tahun depan, menurut Kementerian Pengangkutan (MOT) pada Ahad (4 Nov).

Seorang jurucakap dari kementerian itu menyatakan bahawa MOT mengambil perhatian rancangan Malaysia untuk memansuhkan tol motosikal di Link Kedua mulai 1 Januari 2019.

"Dasar yang lama dilaksanakan Singapura adalah untuk memadankan kadar tol yang dikuatkuasakan oleh Malaysia.

"Sekiranya Malaysia mengurangkan atau memansuhkan bayaran tol motosikal di Link Kedua, Singapura akan memadankan kadar tol yang disemak oleh Malaysia," tambah jurucakap itu.

Pada Sabtu (3 Nov), kerajaan Johor menyatakan bahawa ia berharap Singapura akan memadankan langkah Malaysia untuk memansuhkan bayaran tol bagi motosikal di Link Kedua Tuas.

Kerajaan Pakatan Harapan, semasa membentangkan Belanjawan pertamanya, mengumumkan para penunggang motosikal yang memasuki dan meninggalkan Malaysia melalui Link Kedua tidak perlu lagi membayar tol mulai 1 Januari tahun depan.  

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan