S'pura akan lancarkan sambutan ulang tahun ke-200 Isnin ini
Singapura akan secara rasmi melancarkan sambutan ulang tahun ke-200 Isnin ini (28 Jan).
SINGAPURA: Singapura akan secara rasmi melancarkan sambutan ulang tahun ke-200 Isnin ini (28 Jan).
Siri kegiatan sepanjang tahun itu diadakan sempena ulang tahun ke-200 ketibaan Sir Stamford Raffles di Singapura.
Ia disifatkan sebagai salah satu detik bersejarah Singapura moden.
Lagu "Sayang Di Sayang" menceritakan kisah Allahyarham Zubir Said, penggubah lagu Kebangsaan Singapura.
Ia merupakan salah satu ciri menarik acara tahunan Pesta "Light to Night", yang menawarkan pertunjukan cahaya di luar bangunan-bangunan ikonik di Daerah Sivik.
Tahun ini penataan cahaya tertumpu kepada sejarah Singapura, sempena ulang tahun 200 negara.
Satu lagi acara adalah "iLight Singapore" yang memaparkan seni pencahayaan dengan tema yang sama.
Selain Daerah Sivik, pertunjukan cahaya itu juga akan diadakan di Sungai Singapura dan Taman Fort Canning.
Aplikasi bijak Lembaga Warisan Negara, "BalikSG" juga bakal dilancarkan.
Para penggunanya boleh mengalami sendiri detik-detik bersejarah sejak kelahiran Singapura moden menerusi Realiti Terimbuh (AR).
Perdana Menteri Lee Hsien Loong akan melancarkan sambutan 200 tahun Singapura itu di Muzium Tamadun Asia.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.