Skip to main content

Singapura

S'pura akan lancar piawai sijil tenaga boleh diperbaharui

Singapura merancang untuk melancarkan garis panduan piawai bagi sijil tenaga boleh diperbaharui, sebagai sebahagian daripada usahanya untuk mengurangkan karbon dalam sektor tenaga dan membangunkan grid serantau, kata Dr Tan See Leng, Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan hari ini (26 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura akan lancar piawai sijil tenaga boleh diperbaharui

(Gambar fail: Don Wong/TODAY)

Diterbitkan : 26 Oct 2021 01:27PM Dikemas Kini : 26 Oct 2021 01:30PM

SINGAPURA: Singapura merancang untuk melancarkan garis panduan piawai bagi sijil tenaga boleh diperbaharui, sebagai sebahagian daripada usahanya untuk mengurangkan karbon dalam sektor tenaga dan membangunkan grid serantau, kata Dr Tan See Leng, Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan hari ini (26 Okt).

Sijil itu, yang dipanggil REC, adalah faktor berasaskan pasaran yang mengesahkan bahawa tenaga elektrik dijana daripada sumber tenaga boleh diperbaharui. Satu sijil melambangkan satu megawatt-jam (MWj) elektrik dijana daripada sumber tenaga boleh diperbaharui dan dihantar ke grid.

"Garis panduan ini akan membantu menyokong penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Singapura dan di rantau ini, menyokong pembangunan grid serantau yang memanfaatkan pelbagai jenis sumber tenaga rendah karbon di rantau ini," kata Dr Tan pada Sidang Puncak Tenaga Bersih Asia, lapor Reuters.

Dr Tan, yang juga Menteri Tenaga Manusia, berkata garis panduan itu adalah yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara dan menjelaskan jenis sumber tenaga boleh diperbaharui - seperti suria, angin dan biojisim - yang layak untuk menjana REC.

"Pertumbuhan grid serantau membuka peluang sepanjang rantaian nilai tenaga boleh diperbaharui dan boleh memanfaatkan ekosistem tenaga boleh diperbaharui kami yang sedia ada," kata Dr Tan seperti dilaporkan Reuters.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita