Skip to main content

Singapura

S'pura akan berhenti keluarkan wang kertas S$1,000 bagi cegah pengubahan wang haram

Singapura akan berhenti mengeluarkan wang kertas S$1,000 mulai 1 Januari tahun depan, menurut Penguasa Kewangan Singapura (MAS).  

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 03 Nov 2020 01:45PM Dikemas Kini : 03 Nov 2020 10:35PM

SINGAPURA: Singapura akan berhenti mengeluarkan wang kertas S$1,000 mulai 1 Januari tahun depan, menurut Penguasa Kewangan Singapura (MAS).

Langkah ini bagi mencegah pengubahan wang haram dan risiko membiayai pengganasan.

Mulai sekarang hingga Disember, hanya kuantiti terhad wang kertas S$1,000 akan dikeluarkan setiap bulan.

"Langkah ini bagi mengurangkan risiko pengubahan wang haram dan mencegah kegiatan membiayai pengganasan yang dikaitkan dengan penggunaan wang kertas dengan nilai yang besar," menurut MAS.

MAS turut menarik perhatian bahawa wang kertas dengan nilai yang besar akan membolehkan sesetengah individu untuk membawa nilai wang yang besar tanpa menyatakan nama atau identiti mereka.

"Langkah ini selaras dengan norma-norma antarabangsa dan bidang-bidang kuasa utama yang sudahpun berhenti mengeluarkan wang kertas dengan nilai yang besar."

Wang kertas S$1,000 dalam edaran tetap sah dan boleh terus digunakan sebagai salah satu kaedah pembayaran. Bank-bank juga boleh terus mengedarkan wang kertas S$1,000 sedia ada yang disimpan dengan pihak bank, menurut MAS.

Menurut MAS, wang kertas lain akan ditawarkan "dalam jumlah yang mencukupi" untuk memenuhi permintaan, terutama sekali wang kertas S$100 yang merupakan denominasi tertinggi seterusnya.

Orang ramai juga digalak supaya menggunakan pembayaran elektronik seperti PayNow dan FAST.

Singapura berhenti mengeluarkan wang kertas S$10,000 pada 2014, yang pada ketika itu merupakan salah satu wang kertas paling berharga di dunia. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita