Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S Iswaran: Perlu kukuhkan keupayaan bagi tangani perubahan dalam era digital

Singapura maju selangkah lagi ke arah menjadi hab perlindungan data dan latihan inovasi serantau.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 Jul 2019 09:45PM Dikemas Kini : 17 Jul 2019 09:54PM

SINGAPURA: Singapura maju selangkah lagi ke arah menjadi hab perlindungan data dan latihan inovasi serantau.

Beberapa daya usaha seperti peningkatan kemahiran bakat dan pensijilan bagi aliran data rentas sempadan, diumumkan Menteri Perhubungan dan Penerangan S Iswaran, siang tadi (17Jul).

Encik Iswaran menambah, cara data digunakan terus berubah, dan hanya menerusi langkah mengukuhkan keupayaan, kita akan cemerlang dalam era digital.

Untuk seiringan dengan perubahan, Suruhanjaya Perlindungan Data Peribadi (PDPC) sudah melancarkan satu rangka kerja baru bagi kakitangannya.

Di bawah rangka kerja baru itu, para pegawai Perlindungan Data (DPO) akan menjalani latihan perintis 12 bulan, melibatkan bidang perlindungan data dan inovasi.

Ia dijangka memberi manfaat kepada sekurang-kurangnya 500 pegawai dan bakal dimulakan seawal Oktober tahun ini.

Berucap di Seminar Perlindungan Data Peribadi Ketujuh, Menteri MCI menarik perhatian tentang perlunya mengukuhkan keupayaan bagi menangani perubahan dalam era digital.

PDPC juga melantik Penguasa Pembangunan Media Infokom (IMDA) sebagai ejen bertanggungjawab ke atas peraturan privasi rentas sempadan APEC dan pentauliahan sistem PRP.

Ini membolehkan IMDA memberikan tauliah kepada pertubuhan-pertubuhan tempatan bagi memindahkan data di kalangan negara-negara APEC, sambil memastikan piawai tinggi perlindungan data.

Menurut PDPC, Singapura adalah negara ketiga menggunakan sistem tersebut selepas Amerika Syarikat dan Jepun.

Sumber : CNA/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan