S Iswaran lepaskan jawatan sebagai Menteri Kabinet, ahli PAP & AP GRC West Coast
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Encik S Iswaran melepaskan jawatan beliau sebagai Menteri Kabinet dan juga ahli Parti Tindakan Rakyat (PAP). Beliau juga melepaskan jawatan sebagai Anggota Parlimen bagi GRC West Coast.
Demikian menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada Khamis (18 Jan).
"Pada 17 Januari, Encik Iswaran memaklumkan kepada saya bahawa beliau akan memulangkan semua wang gaji yang sudah diterima sebagai menteri dan elaun sebagai AP sejak siasatan CPIB bermula pada Julai 2023," menurut kenyataan PMO itu lagi.
"Oleh kerana Encik Iswaran sudah melepaskan jawatannya, beliau tidak akan lagi menerima sebarang gaji atau elaun daripada pemerintah."
Dalam satu kenyataan berasingan, PMO menyatakan Pemangku Menteri Pengangkutan Chee Hong Tat akan dijadikan menteri penuh dan dilantik sebagai Menteri Pengangkutan.
Beliau juga dilantik sebagai Menteri Kedua Kewangan.
Menteri Sekitaran Grace Fu akan memikul tanggungjawab sebagai Menteri Bertanggungjawab bagi Hubungan Perdagangan.
Perubahan itu berkuat kuasa hari ini (18 Jan).
Encik Iswaran, yang merupakan mantan Menteri Pengangkutan berdepan 27 tuduhan kesemuanya, dua daripadanya adalah bagi kesalahan rasuah.
Menurut tuduhan rasuah yang dipercayai dilakukan pada bulan September dan Disember 2022, Encik Iswaran memperoleh suapan bernilai lebih S$166,200 daripada Encik Ong Beng Seng, untuk mengusulkan kepentingan perniagaan Encik Ong bagi kontrak antara Singapore GP dengan Lembaga Pelancongan Singapura (STB).
Tuduhan kedua termasuk cadangan kontrak dengan STB.
Encik Ong ditangkap pada Julai 2023 dan diminta oleh CPIB supaya memberikan maklumat berkaitan interaksi beliau dengan mantan Menteri Pengangkutan itu.
Encik Ong, seorang rakyat Malaysia yang berpangkalan di Singapura itu seringkali dikatakan memainkan peranan utama dalam perjanjian yang dicapai pada 2007 antara STB dengan bos Formula 1 pada waktu itu, Bernie Ecclestone, untuk membawa perlumbaan malam ke Singapura.
Encik Ong mempunyak hak ke atas Grand Prix Singapura dan juga pengerusi Singapore GP.
Kontrak untuk Singapura menjadi tuan rumah kepada Formula 1 untuk lagi tujuh tahun ditandatangani tahun lalu - pembaharuan kontrak yang keempat dan pelanjutan paling panjang - membawa acara perlumbaan itu kembali ke Marina Bay selepas dua tahun ditiadakan disebabkan pandemik COVID-19.
Encik Iswaran secara aktif terlibat dalam rundingan pemerintah dengan F1, termasuk membuat kemunculan di sidang media di mana pengumuman dibuat mengenai masa depan acara perlumbaan itu.

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.