Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S. Iswaran lawat Silicon Valley, promosikan S'pura sebagai hab teknologi, inovasi

Menteri Perhubungan dan Penerangan S. Iswaran kini sedang melawat Amerika Syarikat dalam misi mempromosikan Singapura sebagai hab teknologi dan inovasi.

Anggaran Waktu Membaca:
S. Iswaran lawat Silicon Valley, promosikan S'pura sebagai hab teknologi, inovasi

Gambar fail Menteri Bertanggungjawab bagi Keselamatan Siber, S Iswaran. (Gambar fail: Lianne Chia)

Diterbitkan : 22 Aug 2019 05:08PM Dikemas Kini : 22 Aug 2019 05:20PM

SINGAPURA: Menteri Perhubungan dan Penerangan S. Iswaran kini sedang melawat Amerika Syarikat dalam misi mempromosikan Singapura sebagai hab teknologi dan inovasi.

Encik Iswaran yang bakal berkunjung ke Silicon Valley minggu ini untuk menggalak syarikat-syarikat teknologi menguji keupayaan sistem 5G Singapura.

Beliau juga mendengar dan mengongsi pandangan rakyat Singapura di luar negara yang mempunyai pengalaman bekerja di Silicon Valley.

Antaranya - seorang jurutera pengisian Google, Chang Chu Ming, yang berkelulusan Sarjana dari UC Berkeley.

Encik Chang yakin Singapura boleh membangunkan bidang teknologinya sedang ramai bakat tekonologi dari Singapura seperti beliau sendiri mendapat pendedahan yang baik di Silicon Valley. Beliau turut mengaku pentingnya mengasuh bakat-bakat sedemikian sedari usia muda. 

Sumber : CNA/MM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan