Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S Iswaran komen isu tuan rumah halau penyewa yang dikuarantin sebagai 'membimbangkan'

 Menteri Perhubungan dan Penerangan S Iswaran berkata pada Jumaat (31 Jan) bahawa pemerintah sudah mendapat tahu mengenai "kisah-kisah yang membimbangkan" berkenaan tuan rumah yang menghalau penyewa mereka yang dikuarantin di rumah.

Anggaran Waktu Membaca:
S Iswaran komen isu tuan rumah halau penyewa yang dikuarantin sebagai 'membimbangkan'

(Gambar: Gaya Chandramohan)

Diterbitkan : 31 Jan 2020 11:37PM Dikemas Kini : 31 Jan 2020 11:40PM

SINGAPURA: Menteri Perhubungan dan Penerangan S Iswaran berkata pada Jumaat (31 Jan) bahawa pemerintah sudah mendapat tahu mengenai "kisah-kisah yang membimbangkan" berkenaan tuan rumah yang menghalau penyewa mereka yang dikuarantin di rumah atau mengambil cuti wajib (LOA), sedang Singapura mempertingkatkan langkah pencegahan terhadap penularan wabak virus Wuhan di sini.

"Ini bukanlah respons yang kami inginkan," kata Encik Iswaran dalam satu sidang media, yang dihadiri oleh Menteri Pembangunan Negara Lawrence Wong, pengarah perkhidmatan perubatan MOH Kenneth Mark dan Pesuruhjaya Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Marvin Sim.

"Kami semua menghadapi perkara ini bersama. Mereka yang dikuarantin atau dikenakan cuti wajib adalah bagi kesejahteraan masyarakat ramai. Ini supaya kami tidak mengalami risiko jangkitan.

"Kami tidak tahu bagaimama situasi ini akan berubah dan mungkin terdapat kes-kes lain yang memerlukan tindakan serupa. Ia adalah usaha negara secara menyeluruh," kata Encik Iswaran.

Awal Jumaat, Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengisytiharkan penularan virus Wuhan sebagai kecemasan kesihatan awam yang menjadi kebimbangan antarabangsa.

Beliau menekankan sekatan perjalanan yang diumumkan oleh Encik Wong semasa sidang media, yang menyekat laluan masuk bagi para pengunjung yang ada rekod perjalanan ke China, termasuk pemilik pasport China yang bukan penduduk tetap Singapura atau pemegang pas jangka panjang.

Penduduk Singapura yang pulang dari China akan perlu mengambil cuti wajib selama 14 hari.

Menurut Kementerian Pendidikan pada Jumaat pagi, hampir 1,000 pelajar dan kakitangan kini ambil cuti wajib setelah kembali dari China. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan