S$6 juta lesap dalam kes penipuan telefon menyamar sebagai polis, pekerja sokongan teknikal
Awas! Penipu kini sering kali menyamar sebagai pegawai sokongan teknikal syarikat telko untuk memperdaya mangsa menerusi panggilan telefon. Pada bulan lalu sahaja, terdapat 50 kes seumpama itu.
SINGAPURA: Awas! Penipu kini sering kali menyamar sebagai pegawai sokongan teknikal syarikat telko untuk memperdaya mangsa menerusi panggilan telefon.
Pada bulan lalu sahaja, terdapat 50 kes seumpama itu.
Pihak polis mendedahkan dalam satu kenyataan pada Jumaat (15 Nov), S$6 juta lesap dalam 10 bulan pertama tahun ini.
Mangsa lazimnya akan mendapat panggilan daripada seseorang yang tidak dikenali, yang mengakui diri sebagai pegawai syarikat telko seperti Singtel atau StarHub.
Ada juga yang mengaku membuat panggilan dari Jabatan Jenayah Siber Singapura dan menuduh mangsa melakukan kesalahan.
Dalam kedua-dua senario, mangsa diarah memuat turun aplikasi seperti Teamviewer atau Anydesk.
Aplikasi itu kemudian membolehkan mereka untuk mengakses komputer mangsa.
Mangsa selanjutnya disuruh log masuk ke dalam akaun bank online agar wang dapat dipindahkan tanpa mendapatkan persetujuan mereka.
Polis menasihati orang ramai agar melaporkan insiden seperti itu kepada pihak bank sekiranya ia berlaku kepada mereka.
Kata laluan sekali sahaja (OTP) juga tidak harus diberikan kepada pemanggil.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.