Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S$50 bilion hasil cukai dipungut tahun lalu sedang hasil cukai setem melonjak hampir 50%

Lebih S$50 bilion hasil cukai dikutip pada tahun kewangan lalu sedang hasil cukai setem melonjak hampir 50 peratus, menurut perangkaan Penguasa Hasil Mahsul Singapura (IRAS) pada Rabu (26 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
S$50 bilion hasil cukai dipungut tahun lalu sedang hasil cukai setem melonjak hampir 50%

(Gambar hiasan: Gaya Chandramohan)

Diterbitkan : 26 Sep 2018 02:07PM Dikemas Kini : 26 Sep 2018 02:09PM

SINGAPURA: Lebih S$50 bilion hasil cukai dikutip pada tahun kewangan lalu sedang hasil cukai setem melonjak hampir 50 peratus, menurut perangkaan Penguasa Hasil Mahsul Singapura (IRAS) pada Rabu (26 Sep).

Keseluruhannya S$50.2 bilion dipungut oleh IRAS pada tahun kewangan 2017/2018, kenaikan 6.8 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Cukai terkumpul membentuk 66.2 peratus hasil penjanaan Pemerintah dan 11.1 peratus GDP Singapura, menurut kenyataan pihak penguasa cukai itu dalam satu kenyataan media.

Kenaikan ini juga menyusuli pertumbuhan ekonomi 3.6 peratus pada 2017 yang lebih baik daripada jangkaan, jelas IRAS.

Hasil dapatan cukai setem menjulang 49.6 peratus kepada S$4.9 bilion disebabkan peningkatan urus niaga hartanah. Hasil cukai hartanah kekal tidak berubah pada S$4.4 bilion, menurut IRAS lagi.

Pungutan dari cukai pendapatan - yang merangkumi cukai pendapatan korporat, cukai pendapatan individu dan cukai penangguhan naik 6.3 peratus berbanding tahun sebelumnya kepada S$27.2 bilion, membentuk 54 peratus keseluruhan hasil cukai, menurut IRAS.

Cukai pendapatan korporat meningkat daripada S$13.6 bilion kepada S$15 bilion, manakala pungutan GST kekal sama seperti tahun sebelumnya sebanyak S$11 bilion.

Seramai 96.5 peratus pembayar cukai individu memfailkan cukai pendapatan tepat pada masanya dan 90.1 peratus membuat bayaran tepat pada waktu.

Sementara itu 82.1 peratus memfailkan cukai korporat tepat pada waktu dan 84.9 membuat bayaran tepat pada waktu.

Secara keseluruhannya, seramai 10,726 pembayar cukai diaudit dan disiasat dan sekitar S$384 juta cukai dan denda diperolehi semula pada tahun kewangan 2017/2018, menurut IRAS.

Bermula 1 Jan, 2020, GST akan dikenakan ke atas khidmat digital yang diimport. Rundingan diadakan bersama sekitar 850 perusahaan dan persatuan dalam melakarkan langkah-langkah GST itu, menurut IRAS lagi.

Sumber : CNA/TQ/tq

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan