Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S$49,500 lesap dari akaun bank akibat penipuan pancing data

Sejumlah S$49,500 dipindahkan dari akaun bank seorang lelaki berusia 22 tahun tanpa keizinannya akibat penipuan memancing data. Demikian menurut polis dalam kenyataan media yang dikeluarkan pada Rabu (24 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
S$49,500 lesap dari akaun bank akibat penipuan pancing data

(Gambar: AFP/Kirill KUDRYAVTSEV)

Diterbitkan : 24 Oct 2018 05:10PM Dikemas Kini : 24 Oct 2018 05:12PM

SINGAPURA: Sejumlah S$49,500 dipindahkan dari akaun bank seorang lelaki berusia 22 tahun tanpa keizinannya akibat penipuan memancing data. Demikian menurut polis dalam kenyataan media yang dikeluarkan pada Rabu (24 Okt).

Polis menerima aduan dari lelaki berkenaan pada 17 Oktober. Lelaki itu menerima panggilan yang memaklumkan bahawa beliau dikaitkan dengan satu insiden penculikan.

Lelaki itu diarahkan supaya memberikan maklumat akaun bank beliau melalui dua laman memancing data yang berasingan. Lelaki berkenaan kemudian memuat turun sejenis sofwe yang membolehkan komputer beliau untuk diakses.

Sejumlah S$49,500 kemudian dipindahkan tanpa izin beliau.

Polis menasihati orang ramai supaya berwaspada apabila menerima panggilan dari pihak-pihak yang tidak dikenali.

Sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kes penipuan seumpama itu boleh menghubungi hotline polis di talian 1800-255-0000 atau membuat aduan secara online di www.police.gov.sg/iwitness.

Bagi nasihat berhubung penipuan, anda boleh menghubungi hotline anti-penipuan di talian 1800-722-6688 atau lungsuri www.scamalert.sg. 

Sumber : CNA/AI/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan