Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S$3.2 juta dikumpul bagi pekerja barisan hadapan, warga S'pura terjejas oleh penularan COVID-19, kata Desmond Lee

Sekitar S$3.2 juta dikumpulkan di bawah satu dana bagi menyediakan sokongan kewangan kepada para pekerja barisan hadapan, yang memerangi penularan COVID-19, serta golongan terjejas dengan virus itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 29 Feb 2020 07:05PM Dikemas Kini : 01 Mar 2020 12:08AM

SINGAPURA: Sekitar S$3.2 juta dikumpulkan di bawah satu dana bagi menyediakan sokongan kewangan kepada para pekerja barisan hadapan, yang memerangi penularan COVID-19, serta golongan terjejas dengan virus itu.

Dana Ketabahan ditubuhkan 17 tahun lalu semasa wabak SARS.

Semasa melawat pusat kuarantin di Kelab Perkhidmatan Awam di Loyang siang tadi (29 Feb), Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Desmond Lee berkata cara untuk mendaftar bagi mendapatkan dana itu akan diumumkan di laman web Dana Masyarakat mulai pertengahan bulan depan.

Mereka yang layak termasuk pegawai Certis yang dijangkiti COVID-19 semasa menjalankan tugas memeriksa mereka yang menjalani kuarantin di rumah.

Selain tempat itu, pemerintah juga mengaktifkan chalet dan asrama di merata negara sebagai kemudahan kuarantin yang boleh menampung kira-kira 2,000 orang.

Namun sehingga semalam, hanya kira-kira 20 orang menjalani kuarantin di kemudahan seumpama itu yang menyediakan makanan serta keperluan asas.

Mereka yang dikuarantin juga boleh membuat pesanan makanan yang diletakkan di tempat pengawal.

Dana Ketabahan juga membantu para keluarga pesakit yang mati akibat COVID-19. Misalnya, kata Encik Lee, anak kepada pekerja jagaan kesihatan, pegawai barisan hadapan dan relawan masyarakat akan ditawarkan geran pendidikan.

Menteri itu juga berkata rakyat Singapura yang terjejas oleh virus itu, termasuk pesakit dan individu yang diletakkan di bawah kuarantin atau perintah Jangan Keluar Rumah, juga dibantu.

Ini di samping elaun kuarantin di rumah, Dana ComCare dan bantuan masyarakat lain yang sedia ada. 

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp 

Sumber : CNA/UR/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan