Skip to main content

Singapura

S$29 juta untuk projek bina semula Choa Chu Kang Waterworks

Choa Chu Kang Waterworks, salah satu loji rawatan air tertua di Singapura akan menjalani kerja-kerja pembinaan semula menjadi kemudahan rawatan air dengan teknologi terkini apabila siap pada 2026. 

Anggaran Waktu Membaca:
S$29 juta untuk projek bina semula Choa Chu Kang Waterworks

Pemandangan dari udara loji rawatan air Choa Chu Kang Waterworks. (Gambar: Minggu Air Antarabangsa Singapura/Facebook)

Diterbitkan : 21 Jun 2021 01:24PM Dikemas Kini : 21 Jun 2021 01:26PM

SINGAPORE: Choa Chu Kang Waterworks, salah satu loji rawatan air tertua di Singapura akan menjalani kerja-kerja pembinaan semula menjadi kemudahan rawatan air dengan teknologi terkini apabila siap pada 2026.

Demikian diumumkan agensi air negara, PUB, pada Isnin (21 Jun).

Kemudahan baru itu akan menerapkan teknologi rawatan air terkini dan kemampuan pintar untuk "meningkatkan" operasi, penyenggaraan dan keselamatannya apabila siap pada 2026.

Pengumuman itu dibuat sempena Minggu Air Antarabangsa Singapura 2021, acara maya sepenuhnya yang berlangsung dari 21 Jun hingga 2 Julai.

Dalam satu kenyataan media, PUB menyatakan tender bernilai S$28.8 untuk menyediakan perkhidmatan kejuruteraan profesional untuk kerja pembinaan semula loji rawatan air itu dianugerahkan diberikan kepada Binnies Singapore, sebuah syarikat reka bentuk dan perundingan kejuruteraan.

“Binnies Singapore dikehendaki menyediakan reka bentuk terperinci, menyelia pembinaan semula dan mentauliahkan projek pembinaan semula Choa Chu Kang Waterworks untuk tempoh lima tahun akan datang," menurut PUB.

Loji tersebut akan dinaik taraf dengan teknologi baru rawatan air dan peralatan seperti penjernih kadar tinggi selain sistem penapisan membran canggih untuk menggantikan peralatan sedia ada serta bangunan yang dibina sebelum 1981.

Sebahagian daripada loji rawatan air itu sudahpun dinaik taraf pada 2019 dengan proses rawatan air canggih dan infrastruktur tersebut tidak akan terjejas dengan kerja-kerja pembinaan semula yang akan datang, tambah PUB.

"Choa Chu Kang Waterworks yang dibina semula dijangka menjadi sebuah loji yang bersepadu dan automatik sepenuhnya dengan keupayaan kawalan proses lanjutan untuk mengoptimumkan prestasi loji, mencapai jejak sumber yang cekap... sambil memastikan mutu air yang selamat," kata PUB.

Selain teknologi pintar dan penyelesaian digital yang akan diterima pakai dalam operasi serta penyenggaraan loji rawatan air itu.

Selain itu, panel tenaga suria atas bumbung yang baru juga akan ditambah pada sistem yang boleh mencapai paras setinggi satu megawatt sedia ada untuk menjana kuasa bagi memenuhi keperluan operasinya di samping mengurangkan jejak karbon.

MENJADIKAN SEKTOR AIR LEBIH CEKAP TENAGA

Dalam ucapan pembukaannya sempena Minggu Air Antarabangsa Singapura, Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu berkata Singapura akan terus memainkan peranannya untuk "memajukan agenda kemampanan".

Dan sebagai sebahagian daripada Pelan Singapura Menghijau 2030, kata beliau, sektor air akan berusaha untuk meningkatkan jaminan bekalan airnya sambil mengurangkan pengambilan tenaga dan jejak karbon.

Singapura berhasrat untuk menjadikan sektor air lebih cekap tenaga dengan menyasarkan sumber-sumber airnya yang paling banyak menggunakan tenaga, khususnya Air Baru (NEWater) dan air sulingan.

Singapura merancang untuk mengurangkan separuh jumlah itu dengan "rancangan R&D jangka panjang", tambah beliau.

"Bagi NEWater, yang merupakan air limbah gred tinggi kami, kami sedang mengkaji teknologi baru dalam osmosis berbalik untuk meningkatkan kadar pemulihan sambil mengekalkan penggunaan tenaga dan kos penyenggaraan tetap. Kami dapat mengitar semula setiap air yang digunakan tanpa henti, dengan tenaga yang lebih sedikit daripada sebelumnya," ujar beliau.

Singapura juga sedang meningkatkan penggunaannya dalam tenaga yang diperbaharui.

Cik Fu memberi contoh sistem panel tenaga suria terapung di
Kolam Air Tengeh yang akan menjana kuasa suria yang mencukupi untuk memenuhi keperluan tenaga lima loji rawatan air Singapura.

Sistem itu, antara yang terbesar di dunia, akan dibuka secara rasmi pada Julai, kata Cik Fu.  

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita