Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S$25 juta diperuntukkan bagi pekerja bebas, perniagaan sektor sukan

Mereka yang bekerja sendiri dan perniagaan-perniagaan dalam sektor sukan akan menerima lebih banyak sokongan.

Anggaran Waktu Membaca:
S$25 juta diperuntukkan bagi pekerja bebas, perniagaan sektor sukan

Gambar fail. (Gambar: AFP/Gabriel Bouys)

Diterbitkan : 08 Mar 2021 10:09PM Dikemas Kini : 08 Mar 2021 11:27PM

SINGAPURA: Mereka yang bekerja sendiri dan perniagaan-perniagaan dalam sektor sukan akan menerima lebih banyak sokongan sebagai sebahagian daripada suntikan dana S$25 juta kepada Pakej Daya Tahan Sukan.

Demikian diumumkan oleh Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Edwin Tong, pada Isnin (8 Mac).

Ini menjadikan jumlah keseluruhan langkah sokongan di bawah pakej tersebut sebanyak S$75 juta.

Semasa perbahasan jawatankuasa perbekalan bagi Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY), Encik Tong berkata satu geran baru bagi Projek Individu Bekerja Sendiri akan menyokong kerjasama antara para pekerja bebas sektor sukan dan pertubuhan-pertubuhan lain bagi projek yang "mempertingkat kesihatan dan kesejahteraan rakyat Singapura".

Geran itu dihadkan pada S$25,000 setiap permohonan. Perinciannya akan tersedia di laman web Sport Singapore (SportSG) pada April.

Pemerintah akan memperuntukkan lagi S$22.5 juta bagi Geran Inovasi Perusahaan dan Pembangunan Keupayaan.

Geran itu dirintis dengan dana S$3 juta tahun lalu untuk industri sukan membangunkan keupayaan digital yang lebih jitu, membangunkan huraian-huraian inovasi dan menajamkan kemahiran," kata Encik Tong.

Geran itu akan dilanjutkan lima tahun lagi sehingga Tahun Kewangan 2025.

Encik Tong juga mengumumkan pelanjutan Geran Operasi bagi perniagaan-perniagaan sehingga Disember, untuk terus menyediakan sokongan kewangan kepada perniagaan-perniagaan sukan yang penting. Ia akan menyokong sehingga 15 peratus pembiayaan operasi, terhad kepada S$10,000 sebulan.

Geran sokongan perniagaan dikategorikan sebagai akademi dan kelab privet, pengendali liga privet pengendali kemudahan privet, kata Setiausaha Parlimen Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Eric Chua.

Selain itu, Geran Elaun Latihan akan dilanjutkan setahun lagi, dari April tahun ini hingga Mac 2022.

Para jurulatih yang mengikuti kursus-kursus CoachSG menjangkaui tempoh Pendidikan Jurulatih Lanjut akan ditawarkan elaun S$7.50 sejam.

Program Pembimbing Berstruktur juga akan dilanjutkan sehingga Mac 2022.

"MCCY dan SportSG komited untuk membantu para jurulatih dan instruktor menajamkan kemahiran mereka dan membangunkan kemahiran-kemahiran yang akan memanfaatkan mereka dalam jangka pendek dan panjang," menurut MCCY.

PROGRAM SUKAN SELAMAT

Untuk menangani gangguan dan penderaan dalam sukan, pemerintah akan memperkenalkan Program Sukan Selamat, menurut Encik Tong.

Suruhanjaya Sukan Selamat dilancarkan pada 2019 untuk menangani salah laku dalam sukan.

Sebagai sebahagian daripada program itu, satu Kod Disatukan terhadap salah laku akan menjelaskan takrifan salah laku seksual, psikologi dan fizikal dan akan termasuk buli siber, memalukan orang lain dan gangguan online.

Ini akan menyediakan masyarakat sukan dengan "rujukan yang dikongsi bersama" terhadap kelakuan tidak senonoh, kata beliau.

Kod itu dibangunkan selepas rundingan dengan para pakar perlindungan kanak-kanak dan golongan mudah terjejas, agensi pemerintah dan pertubuhan-pertubuhan bukan pemerintah. Para pemimpin gerakan Olimpik dan Paralimpik Singapura juga dirujuk dan akan ada lebih banyak perbincangan dengan para atlit, ibu bapa, jurulatih dan pentadbir sukan dalam bulan April.

Untuk mereka yang terjejas oleh salah laku dalam sektor itu, Suruhanjaya Sukan Selamat akan menawarkan saluran pelaporan pihak ketiga yang dirahsiakan dan pengurusan kes yang dipertingkat.

Suruhanjaya Sukan Selamat juga akan memperkenalkan rangka kerja pentauliahan untuk membolehkan para peserta sukan mengenal pasti pertubuhan-pertubuhan yang komited kepada keselamatan peserta.

Kriteria itu berdasarkan Kod Disatukan yang dilaksanakan oleh pertubuhan itu, pelaksanaan dasar-dasar relevan dan latihan serta pensijilan bagi mereka yang terlibat.

Ia juga akan menimbangkan sama ada pertubuhan-pertubuhan itu mempunyai proses pengurusan insiden dan disiplin yang "kukuh" bagi memastikan kebertanggungjawaban dalam kes-kes salah laku, menurut MCCY.

Mereka yang memenuhi kriteria akan menerima Tanda Sukan Selamat.

SOKONG PASUKAN S'PURA BAGI PERTANDINGAN SUKAN UTAMA

Dengan acara Sukan Olimpik dan Paralimpik dijadual berlangsung tahun ini, MCCY dan SportSG akan memastikan para atlit, jurulatih dan pegawai menerima vaksin COVID-19.

Agensi-agensi tersebut juga akan menguruskan perjalanan para atlit untuk menyertai pertandingan sukan di luar negara bagi melayakkan diri ke pertandingan sukan itu.

"Kami menyokong latihan para atlit, di samping memantau keadaan pandemik global," kata Encik Tong, sambil menambah bahawa keselamatan kekal "keutamaan" pemerintah.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan