Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S$2,906 sebulan titik permulaan gaji 'munasabah' sara hidup di S'pura

Gaji S$2,906 sebulan adalah "titik permulaan munasabah" di Singapura, menurut satu kajian oleh Sekolah Dasar Awam Lee Kuan Yew.

Anggaran Waktu Membaca:
S$2,906 sebulan titik permulaan gaji 'munasabah' sara hidup di S'pura

Gambar: Hanidah Amin

Diterbitkan : 08 Oct 2021 11:31PM Dikemas Kini : 08 Oct 2021 11:32PM

SINGAPURA: Gaji S$2,906 sebulan adalah "titik permulaan munasabah" di Singapura, menurut satu kajian oleh Sekolah Dasar Awam Lee Kuan Yew.

Angka itu adalah berdasarkan perbelanjaan purata pasangan dengan dua anak dengan kedua-duanya bekerja sepenuh masa. Angka tersebut juga disesuaikan bagi mengambil kira cukai dan semua faedah ujian kemampuan umum dan utama.

"Pendapatan median semua pekerja pada 2020 melebihi jumlah tersebut sebanyak 50 peratus tetapi PWM (Model Gaji Progresif) sekarang ini jauh lebih kurang daripada itu," menurut sekolah berkenaan dalam satu kenyataan media pada Jumaat (8 Okt).

Kajian itu mendapati kos pendidikan dan jagaan "membentuk sebahagian besar" perbelanjaan kanak-kanak.

"Meskipun sebilangan kos yang dikaitkan dengan kanak-kanak berkurangan apabila mereka meningkat usia, sesetengahnya pula naik mendadak. Oleh sebab langkah-langkah sekarang ini bagi menyokong pendidikan dan penjagaan semakin berkurangan bagi kanak-kanak lebih tua, ibu bapa dijangka menghadapi beban kewangan lebih berat."

Para penyelidik juga mendapati bahawa dasar-dasar perumahan awam sekarang ini "menaikkan seganda" kos perumahan bagi ibu atau bapa tunggal yang tidak pernah kahwin, berbanding pasangan yang masih bersama, kematian pasangan mereka atau sudah bercerai.

Pasukan penyelidik itu mendapati bahawa pada 2021, seorang ibu atau bapa tunggal dengan seorang anak berusia antara dua dengan enam tahun memerlukan S$3,218 sebulan untuk memenuhi keperluan asas mereka.

Sementara itu, ibu bapa dengan dua anak, seorang berusia antara tujuh dengan 12 tahun dan seorang lagi 13 hingga 18 tahun memerlukan S$6,426 sebulan.

Menurut kajian itu, perbelanjaan bagi kedua-dua jenis keluarga bekerja itu adalah sekitar S$1,600 bagi setiap anggota.

"Oleh sebab pendapatan purata setiap anggota keluarga bagi kumpulan ketiga keluarga bekerja di Singapura pada 2020 adalah S$1,609, ini menunjukkan bahawa 30 peratus keluarga bekerja mendapat kurang daripada apa yang diperlukan oleh kedua-dua jenis keluarga untuk memenuhi keperluan asas mereka.

"Kedua-dua kajian memberi kita perspektif menyeluruh tentang keperluan asas di setiap peringkat usia," kata seorang penyelidik, Dr Ng Kok Hoe.

"Ia memberi garis pandu kukuh dan titik permulaan bagi membincangkan tentang bagaimana orang ramai boleh mencapai pendapatan yang mereka perlukan, termasuk membolehkan kita mengira gaji yang diperlukan."

BUKAN CERMINAN TEPAT

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat, Kementerian Kewangan (MOF) menyatakan: "Sesiapa yang membaca laporan LKYSPP seharusnya maklum tentang kekurangan pendekatan yang digunakan. Dapatannya mungkin tidak memberi cerminan tepat tentang keperluan asas sebahagian besarnya disebabkan andaian yang digunakan."

Kementerian itu menarik perhatian kaedah kajian yang digunakan "amat bergantung" kepada dinamik kumpulan dan profil peserta.

"Dengan sebahagian besar peserta mempunyai pendidikan posmenengah dan 15 peratus tinggal di hartanah privet, dapatan tersebut mungkin tidak memberi cerminan kepada keadaan keluarga-keluarga berpendapatan rendah," jelas MOF.

Misalnya, unjuran yang dibuat termasuk perbelanjaan mewah seperti kelas pengayaan privet, barang kemas, minyak wangi dan cuti di luar negara, tambah kementerian itu.

"Kajian itu juga tidak mengambil kira alternatif seperti pusat jagaan pelajar MOE (Kementerian Pendidikan) dan pelbagai badan bantuan diri yang menyediakan kelas pengayaan bagi mereka yang memerlukan pada harga yang rendah.

Menarik perhatian kepada dapatan kajian bahawa setiap anggota keluarga bekerja seharusnya ada sekitar S$1,600 setiap bulan, MOF menyatakan angka itu "sebaliknya lebih dekat dengan jumlah yang dibelanjakan setiap keluarga secara purata". Ini berdasarkan Tinjauan Perbelanjaan 2017/2018, tambahnya.

"Ini bermakna ia secara purata melebihi keperluan asas sebuah keluarga."

Selain itu, MOF juga menyatakan laporan tersebut menaksirkan kurang daripada sebenarnya
jumlah subsidi pemerintah dan sokongan kewangan yang diterima oleh keluarga berpendapatan rendah.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan