S$1.4 bilion Dana Luar Jangkaan dikeluarkan sokong langkah fiskal perniagaan, pekerja
Kementerian Kewangan (MOF) telah mengambil wang pendahuluan daripada Dana Luar Jangkaan untuk membayar S$1.4 bilion sokongan fiskal bagi perniagaan dan pekerja semasa Fasa Penstabilan dari 27 September hingga 21 November lalu.

Menteri Kewangan Lawrence Wong. (Gambar: Mediacorp)
SINGAPURA: Kementerian Kewangan (MOF) telah mengambil wang pendahuluan daripada Dana Luar Jangkaan untuk membayar S$1.4 bilion sokongan fiskal bagi perniagaan dan pekerja semasa Fasa Penstabilan dari 27 September hingga 21 November lalu.
Menteri Kewangan Lawrence Wong berkata, pemerintah menggunakan Dana tersebut untuk memastikan langkah sokongan itu dilaksanakan tepat pada masanya.
Dalam catatan di Facebook pada Khamis (9 Dis), beliau berkata pemerintah tidak perlu menggunakan Rizab Lepas, kerana hasil pendapatan negara ternyata lebih tinggi daripada jangkaan tahun ini.
Encik Wong berkata Presiden Halimah Yacob telah memberikan persetujuannya.
Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan akan diperkenalkan di Parlimen pada satu tarikh nanti, untuk menggantikan wang pendahuluan yang diambil itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.