Skip to main content

Singapura

Runtuhan jambatan di Baltimore: MPA kerah pasukan untuk bantu siasatan; 6 mangsa masih hilang

Anggaran Waktu Membaca:
Runtuhan jambatan di Baltimore:  MPA kerah pasukan untuk bantu siasatan; 6 mangsa masih hilang

(Gambar: AFP/ROBERTO SCHMIDT)

Diterbitkan : 27 Mar 2024 07:42AM Dikemas Kini : 27 Mar 2024 11:05AM
SINGAPURA: Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) menyatakan satu pasukan dari negara ini sedang menuju ke Baltimore, Amerika Syarikat.

Mereka akan memberi kerjasama dalam siasatan kejadian jambatan roboh di bandar itu selepas tiang utamanya dilanggar kapal kontena bernama Dali yang berdaftar di Singapura pada dini hari semalam waktu tempatan.

Syarikat pengurusan kapal itu, Synergy Marine memberitahu MPA bahawa sejurus sebelum kejadian tersebut, kapal itu kehilangan kuasa pendorongannya, buat seketika.

Ia menyebabkan kapal tersebut terlanggar tiang utama Jambatan Francis Scott Key yang merentasi Sungai Patapsco.

Kesemua 22 kakitangan kapal tersebut selamat, tetapi lapan orang yang berada di jambatan itu dipercayai terhumban ke dalam sungai yang amat sejuk.

Setakat ini, dua orang dapat dikeluarkan dari sungai tersebut dengan selamat tetapi enam orang masih hilang.

Presiden Amerika, Joe Biden berkata keutamaannya sekarang adalah mencari mangsa-mangsa yang masih hilang.

Bercakap di Rumah Putih, Presiden Biden juga berjanji akan melawat Baltimore tidak lama lagi.

Di samping itu, beliau mahu pemerintah persekutuan membiayai kos membina semula jambatan tersebut secepat mungkin.

Kejadian itu menyebabkan kegiatan perkapalan di Pelabuhan Baltimore digantung sehingga diberitahu kelak.

Pelabuhan tersebut mengendalikan banyak import kereta ke Amerika dan eksport arang batu.
 
Sumber : CNA/MU/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita