Skip to main content

Singapura

Rundingan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital ASEAN dijangka selesai hujung tahun 2025: DPM Gan

Timbalan Perdana Menteri Gan Kim Yong berkata rundingan mengenai Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital ASEAN berada di landasan yang betul untuk segera dimuktamadkan menjelang akhir tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 17 Sep 2025 07:18PM Dikemas Kini : 17 Sep 2025 10:02PM
SINGAPURA: Timbalan Perdana Menteri Gan Kim Yong berkata rundingan mengenai Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital ASEAN berada di landasan yang betul untuk segera dimuktamadkan menjelang akhir tahun ini.

Kesepakatan itu bertujuan menyelaraskan peraturan dan piawaian bagi meningkatkan perdagangan dan inovasi rentas sempadan.

DPM Gan turut mendedahkan bahawa beberapa negara anggota bersedia membantu negara-negara rakan yang kurang maju untuk segera meningkatkan keupayaan masing-masing.

"Apa yang kami bincangkan sekarang ialah bagaimana kami boleh meningkatkan aspirasi bagi peringkat asas setinggi mungkin, kerana jika peringkat asas itu terlalu asas, ia tidak bermakna untuk kolaborasi kerana semua orang sudah mencapainya.

"Jadi ideanya ialah, kami berharap dengan peringkat asas, kami boleh mendorong semua anggota untuk membuat sedikit penambahan. Kerana jika kita dapat mendorong peringkat asas supaya bercita-cita lebih tinggi, maka kami sudah mencapai kemajuan dalam kerjasama digital ASEAN," kata DPM Gan.
Sumber : CNA/IQ/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita