Skip to main content

Singapura

Rundingan AS, China 'langkah pertama yang penting', kata Vivian Balakrishnan

Anggaran Waktu Membaca:
Rundingan AS, China 'langkah pertama yang penting', kata Vivian Balakrishnan

(Gambar: Facebook/Vivian Balakrishnan)

Diterbitkan : 21 Jun 2023 07:09PM
WASHINGTON: Menteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan berkata mesyuarat-mesyuarat peringkat tinggi antara Amerika Syarikat dengan China baru-baru ini adalah langkah pertama yang penting dalam persekitaran dengan cabaran-cabaran strategik yang besar.

Dr Balakrishnan kini dalam rangka lawatan ke Amerika Syarikat di mana beliau bertemu dengan Setiausaha Negara Amerika Syariakt Antony Blinken, minggu lalu.

Encik Blinken kemudian ke China, di mana beliau bertemu dengan Presiden China Xi Jinping dan Menteri Luar Qin Gang minggu ini.

Walaupun terdapat tanda-tanda positif, Dr Balakrishnan memberi amaran tidak semua perkara sudah dihuraikan.

"Perbezaan dalam perspektif sebenarnya agak mendalam dan ini bukanlah sesuatu yang anda hanya boleh lambai tangan dan berharap ia akan dihuraikan dengan frasa atau perkataan yang bijak."

"Anda perlu interaksi dan kerjasama bertahun lamanya untuk membina keyakinan strategik."

"Kami berharap kedua-dua dimensi ini iaitu sikap saling menghormati dan kepercayaan strategik, akan dibina secara perlahan-lahan," kata Dr Balakrishnan.

"Dengan itu kemudian, isu demi isu boleh dihuraikan dengan berhati-hati."

"Terdapat beberapa isu yang mungkin boleh mengambil masa beberapa generasi untuk diselesaikan dan kita mesti dapat hidup dengan keadaan tidak jelas seperti itu, kadangkala dengan percanggahan yang jelas, namun jangan biarkan ia mengganggu kita, atau lebih teruk lagi, mengalihkan daripada laluan yang akan membawa kepada salah kira atau keadaan yang semakin buruk," tambahnya.
Sumber : CNA/AI/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita