Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rumah Tumpangan Kanak-Kanak Jamiyah Darul Ma'wa henti beroperasi mulai 14 Dis

Operasi Rumah Tumpangan Kanak-Kanak Jamiyah Darul Ma'wa yang terletak di 15 Guillemard akan berakhir pada 14 Disember ini.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Operasi Rumah Tumpangan Kanak-Kanak Jamiyah Darul Ma'wa yang terletak di 15 Guillemard Crescent akan berakhir pada 14 Disember ini.

Ini selepas 28 tahun kemudahan jagaan kanak-kanak itu dikendalikan oleh Jamiyah di bawah Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF)

Sekalipun demikian, ini tidak bermakna khidmat dan jagaan bagi keperluan sosiokebajikan masyarakat, khususnya kanak-kanak dari keluarga berpendapatan rendah sudah berakhir.

Menurut Jamiyah Singapura dalam kenyataan hari ini (10 Dis), sumber-sumbernya kini akan disalurkan kepada usaha menyediakan khidmat-khidmat lebih menyeluruh dan holistik yang ditumpukan kepada keluarga - terutama sekali bagi keluarga-keluarga berpendapatan rendah dengan anak-anak yang masih bersekolah.

Langkah itu diambil kerana Jamiyah perlu membuat penyesuaian terhadap dasar dan operasinya sedang keperluan masyarakat serta landskap sosial negara amnya terus berubah, tambah pertubuhan itu.

Lantaran itu, Jamiyah tidak akan lagi mengendalikan Darul Ma'wa.

Dengan mengoptimumkan sumber-sumber yang sejauh ini digunakan bagi menguruskan Rumah Tumpangan Kanak-Kanak Darul Ma'wa, Jamiyah kini boleh mendampingi dan menawarkan bantuan kepada lebih ramai kanak-kanak termasuk anak-anak yatim dan kanak-kanak kepada ibu bapa tunggal dalam masyarakat.

Dalam menawarkan khidmat sedemikian, Jamiyah akan mengendalikan lebih banyak program bantuan sosial dan sokongan pendidikan yang dapat dimanfaatkan oleh kanak-kanak yang memerlukan dan keluarga mereka.

"Jawatankuasa Eksekutif Jamiyah, pihak pengurusan dan kakitangan ingin mengambil peluang untuk mengucapkan terima kasih kepada para penderma kami, penyokong dan relawan atas sifat murah hati mereka sepanjang beberapa tahun lalu.

"Sedang kami meneruskan dengan misi kami, meskipun dengan pendekatan strategik yang berbeza, kami yakin mereka juga akan memberi sokongan kepada kami, menerusi sumbangan derma dan bantuan lain - terhadap komitmen kami untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan," menurut Jamiyah.

Sumber : BERITA Mediacorp/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan