Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rumah Terbuka RSAF55 bakal pamer jet pejuang F-15, helikopter Chinook pada 9 & 10 Sep

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 15 Aug 2023 06:30PM Dikemas Kini : 16 Aug 2023 07:40AM
SINGAPURA: Keupayaan Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) akan dipamerkan sepenuhnya di acara rumah terbuka fizikal pertamanya pada September.

Ia merupakan yang pertama diadakan seumpama ini dalam masa tujuh tahun.

Antara sorotan utama, cara RSAF bertindak balas kepada ancaman bom di dalam pesawat.

Dalam satu simulasi, sebuah penerbangan awam berada dalam bahaya.

Disyaki, terdapat ancaman bom dalam pesawat itu.

Dalam tempoh masa yang singkat selepas menerima amaran, RSAF mengerahkan dua jet pejuang F-15 SG.

Jet-jet itu kemudian mengiringi pesawat tersebut sehingga ia mendarat dengan selamat.

Senario sebegitu adalah sebahagian daripada paparan pertunjukan udara selama 20 minit, yang direka untuk mendebarkan jantung para pengunjung ke Rumah Terbuka RSAF55.

Mereka yang meminati peralatan pula boleh melihat dengan dekat, 18 aset RSAF yang dipamerkan.

Ini termasuk jet pejuang F-15SG serta helikopter jenis Chinook yang merupakan kegemaran ramai.

Selain itu, terdapat tiga dewan pameran interaktif bagi para pengunjung untuk mempelajari sejarah dan transformasi RSAF sepanjang 55 tahun lalu.

Turut ditampilkan, pelbagai teknologi baru, serta usaha RSAF menjadikan operasinya lebih mesra alam.

Untuk memberi para pengunjung pengalaman lebih interaktif dan mengasyikkan, sebuah wadah online yang menampilkan ciri-ciri Realiti Tambahan (AR) turut dilancar.

Rumah Terbuka RSAF pada 9 dan 10 September adalah percuma dan tiada tiket masuk diperlukan.

Ia dibuka kepada orang ramai dari 9.00 pagi hingga 6.00 petang.

MINDEF jangkakan sekitar 250,000 orang akan mengunjungi acara sepanjang dua hari tersebut.
Sumber : CNA/IA/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan