Skip to main content

Singapura

Rumah terbuka pertama Presiden Tharman sempena Deepavali sajikan persembahan muzik, tarian & pancaragam di Istana

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 12 Nov 2023 08:02PM Dikemas Kini : 12 Nov 2023 10:04PM
SINGAPURA: Presiden Tharman Shanmugaratnam mengadakan rumah terbuka pertama beliau di Istana sejak menggalas jawatan ketua negara.

Encik Tharman berkata perayaan seperti Deepavali yang disambut pada Ahad (12 Nov) juga menonjolkan kerencaman masyarakat majmuk di Singapura.

Para pengunjung ke Istana disajikan persembahan pelbagai alat muzik, tarian dan pancaragam - yang sebahagiannya dijayakan oleh kumpulan-kumpulan pelajar.

Bukan itu sahaja, mereka juga boleh menyertai kegiatan seperti melukis inai, membuat lilin dan membentuk belon.

Selain menjamu aneka juadah, para pelawat berpeluang membawa pulang cenderamata edisi terhad Istana dan Cabaran Presiden.

Ramai yang tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan Presiden Tharman beserta isteri, Puan Jane Ittogi.

Menurut Encik Tharman, beliau akan meneruskan tradisi membuka pintu Istana sempena hari cuti umum, terutama semasa sambutan perayaan.

"Kita sebenarnya boleh ikut serta dalam budaya satu sama lain. Pelajari dengan hormat selok-belok budaya satu sama lain dan perkaya identiti kita sebagai warga Singapura," ujar Presiden Tharman.
Sumber : CNA/FZ/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita