Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rumah terbuka Istana sempena Hari Raya dan Hari Buruh meriah, tarik ribuan pengunjung

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Suasana di Istana sangat meriah hari ini (21 April) apabila ribuan pengunjung hadir ke Rumah Terbuka yang meraikan secara serentak, Hari Raya dan Hari Buruh.

Rumah Terbuka Istana itu yang dibuka dari 8.30 pagi hingga 6 petang menampilkan pelbagai persembahan berbilang budaya seperti permainan angklung dan tarian.

Terdapat juga gerai-gerai yang menjual makanan dan edisi terhad cenderamata Istana dengan hasil pendapatannya disalurkan kepada badan-badan amal yang disokong Dana Cabaran Presiden.

Ramai pengunjung tidak mahu terlepas peluang melawat dan meninjau bangunan utama Istana buat pertama kalinya.

Selain itu, mereka juga berpeluang mengikuti lawatan berpandu oleh para relawan Lembaga Taman Negara (NPARKS) untuk menyelami dalam flora dan fauna Istana sepanjang hari.

Dan pastinya yang paling dinanti-nantikan adalah peluang untuk bertemu dan bergambar bersama Presiden Tharman dan Puan Jane Ittogi.

Presiden Tharman dan Puan Tharman juga sempat mengunjungi astaka-astaka yang dikendalikan oleh agensi-agensi khidmat sosial termasuk Kelab Heal dan Persatuan Ain.
Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan