Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rumah terbuka Istana pada 7 Mei dibuka kepada semua pengunjung, tidak perlu mohon tiket

Anggaran Waktu Membaca:
Rumah terbuka Istana pada 7 Mei dibuka kepada semua pengunjung, tidak perlu mohon tiket

(Gambar: Laman web The Istana)

SINGAPURA: Rumah terbuka Istana yang bakal berlangsung pada 7 Mei kini dibuka kepada semua pengunjung dan permohonan tiket tidak lagi diperlukan. 

Ini memandangkan pelonggaran lanjut langkah-langkah COVID-19, menurut Pejabat Presiden hari ini (26 Apr). 

Rumah terbuka Istana sempena meraikan Hari Buruh dan Hari Raya Puasa diumumkan buat pertama kalinya minggu lalu dan mereka yang ingin datang pada awalnya perlu membuat permohonan bagi tiket. 

"Pejabat Presiden mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberi respons kepada undangan sebelum ini untuk memohon tiket IOH secara online," menurut Pejabat tersebut dalam satu kenyataan media. 

Para pengunjung boleh melawat bangunan utama Istana buat julung-julung kalinya sejak pandemik COVID-19. 

Sejak acara-acara rumah terbuka disambung semula Ogos lalu, para pengunjung hanya dapat melawat taman-taman luar di pekarangan Istana. 

Pas-pas masuk ke bangunan utama boleh dibeli di Istana pada hari itu. 

Tiket masuk ke bangunan utama berharga S$2 untuk semua warga Singapura dan penduduk tetap (PR) yang berusia empat tahun dan ke atas, serta kanak-kanak bukan penduduk berusia empat hingga 12 tahun. 

Pengunjung dewasa warga asing akan dikenakan bayaran S$4, manakala semua kanak-kanak di bawah usia empat tahun boleh masuk secara percuma. 

Seiring dengan langkah-langkah pengurusan selamat (SMM) semasa, Pejabat Presiden menyatakan bahawa para pengunjung dikehendaki memakai pelitup pada setiap masa apabila berada di tempat tertutup. 

"Duta-duta jarak selamat akan membantu memastikan para pengunjung mematuhi semua SMM. Istana meminta kerjasama dan pemahaman para pengunjung agar rumah terbuka itu seronok untuk semua," tambahnya. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan