Skip to main content

Singapura

'Rumah Quran' disalah guna untuk sebar agenda pelampau: Penganalisis

Anggaran Waktu Membaca:
'Rumah Quran' disalah guna untuk sebar agenda pelampau: Penganalisis

Gambar hiasan: iStock

Diterbitkan : 15 Aug 2024 10:04PM
SINGAPURA: Kemunculan pengajian agama tidak rasmi bergelar Rumah Quran di Indonesia yang dikendalikan sebuah kumpulan pelampau bagi tujuan radikalisme kini mencabar usaha memerangi pengganasan.

Zamil Pelawat RSIS Dr Noor Huda Ismail berkata kumpulan pelampau misalnya Jama'ah Anshorud Daulah (JAD) kini berselindung di sebalik kelas-kelas agama sedemikian untuk meneruskan agenda pelampau mereka, termasuk di rantau ini.

Mengatasi ancaman itu memerlukan pendekatan yang teliti dan seimbang bagi memastikan langkah-langkah keselamatan tidak menjejas peranan positif kebanyakan Rumah Quran yang lain.
Pemerintah Indonesia menutup beberapa pesantren yang mempunyai kaitan dengan Kumpulan pelampau Indonesia Jama'ah Anshorud Daulah (JAD).

Namun kumpulan itu kini mengubah strategi dan berselindung di sebalik pengajian yang lazimnya menawarkan pendidikan agama secara tidak formal kepada masyarakat, yang lumrahnya dikenali sebagai Rumah Quran.

"Rumah Quran itu sebetulnya sistem pendidikan tidak formal yang ada di Indonesia. Yang itu mereka biasanya menggunakan rumah-rumah peribadi dan kita tahu banyak rumah Quran di Indonesia itu memang tidak radikal, tidak tidak menjadi bahagian dari kelompok jihad dan mereka itu beri sumbangan positif terhadap masyarakat Indonesia," kata Dr Noor Huda.

Pemerintah Indonesia, katanya, kini berdepan dengan cabaran untuk mengawal dan memantau rumah-rumah Quran yang disalahgunakan sebagai muslihat untuk menyebarkan ideologi ekstremis.

Tidak seperti cara-cara konvensional yang diterapkan JAD sebelum ini, pendekatan menerusi Rumah Quran menyulitkan tindakan yang boleh diambil pihak keselamatan.

"Jama'ah Anshorud Daulah ini menggunakan rumah Quran itu sebagai hab untuk bertemu dengan berbagai jaringannya. Dan ini menjadi cabaran dan ironisnya lagi, rata-rata masyarakat di Indonesia itu tidak tahu kalau ada sebahagian kecil dari Rumah Quran ini dikelola oleh kumpulan pengganas terdiri dari para mantan pengganas yang sudah dibebaskan dari penjara.

Walaupun menyokong sumbangan positif bekas pengganas yang sudah pulang ke pangkal jalan dianjurkan, pemerintah Indonesia perlu tingkatkan usaha pemantauan serta pendampingan masyarakat.

Cabarannya adalah untuk menimbangkan langkah-langkah keselamatan yang ketat dengan sokongan berterusan kepada Rumah Quran yang memberi manfaat.

"Ini satu cabaran kepada pemerintah Indonesia, kerana kerajaan Indonesia khususnya pasukan keselamatan dan pasukan keselamatan tidak boleh dengan mudah menutup sekolah ini, Sekolah Al-Quran, kerana mereka perlu cukup, mereka perlu mendapatkan cukup bukti.

"Kenapa ini satu cabaran? Saya rasa pemerintah Indonesia mempunyai banyak keutamaan. Salah seorang daripada mereka adalah warganegara Indonesia yang berada di Syria misalnya. Atau apakah pengganas yang perlu dilakukan oleh bekas pengganas yang dibebaskan dari penjara? Jadi banyak masalah dan selalunya masalahnya ialah terlepas pandang atau tidak cukup dilihat oleh pihak keselamatan," kata beliau lagi.

Menurut Dr Noor Huda lagi, Singapura sebagai sebuah hab ekonomi serantau juga terdedah kepada risiko yang ditimbulkan rangkaian kumpulan radikal sebegitu contohnya penggunaan media sosial untuk mengumpul dana.

"Cabaran terbesar Singapura adalah radikalisasi dalam talian, terutamanya dalam kalangan remajanya. Dan ini sebenarnya bukan sahaja trend di Singapura, tetapi juga trend di Indonesia. Jadi. Dan salah satu sebab yang berpotensi mengapa Singapura mungkin boleh memberi impak ialah kesan daripada pembangunan strategi baharu ini.

"JAD dengan Rumah Quran itu menggunakan media untuk menonjolkan diri dan meraih simpati, untuk mendapatkan simpati itu menggunakan media sosial dan menggunakan media sosial. Mereka menggunakan naratif umum. Misalnya tolong bantu pembangunan pendidikan Al-Quran Ibnu ini atau ulama Quran ini. Jadi generik.

"Kasihan kepada para pekerja hijrahan ini yang niat awal bekerja di Singapura itu memang untuk bekerja mencari nafkah. Tetapi kerana tidak tahu dengan adanya apa itu kempen media sosial, kelompok JAD yang terutama mereka menggunakan nama Rumah Quran ini. Mereka ada yang terlibat. Mereka hanya orang-orang yang ingin belajar agama. Mereka orang orang yang ingin membantu orang lain tapi tanpa disedari, mereka itu membantu kepada rumah-rumah Quran ini begitu," ujar beliau.

Namun bukan pekerja hijrahan Indonesia seperti pembantu rumah sahaja yang mungkin terdedah.

"Apa yang dilihat di Internet tidak semuanya benar dan oleh kerana itu perlu yang namanya bijak digital. Sebenarnya, orang Singapura itu murah hati, mereka ingin bantu. Kalau untuk orang Singapura, S$10 itu tidak besar jumlahnya. Ya, sudah klik ke sana, kirim. Tetapi kita tidak tahu kepada siapa? Kita perlu periksa dengan teliti, organisasinya itu seperti apa," tekan Dr Noor Huda.

Dr Noor Huda berkata, dengan pemantauan yang lebih fokus sambil menyokong institusi-institusi penting dan mempertingkatkan usaha mendampingi masyarakat, negara-negara di Asia Tenggara boleh menangani ancaman radikalisme sambil mengekalkan integriti dan sumbangan positif Rumah Quran di rantau ini.
Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita