Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rumah peralihan PPIS mula beroperasi akhir September

Rumah Peralihan Rise Above kendalian Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) akan mula beroperasi akhir bulan ini.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Rumah Peralihan Rise Above kendalian Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) akan mula beroperasi akhir bulan ini. 

Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara, Dr Muhammad Faishal Ibrahim mengumumkan demikian semasa melawat ke rumah peralihan itu petang tadi (6 Sep). 

Rumah peralihan itu yang baru selesai menjalani ubah elok, akan menerima sembilan pesalah wanita sebagai para penghuni pertama. 

Ia akan dapat menampung sehingga 30 pesalah wanita pada satu-satu masa.

''

Rumah Peralihan Rise Above di St George's Lane itu mempunyai ruang untuk menjalankan kelas-kelas dan bengkel-bengkel kerohanian pelbagai agama.

''

Antara kemudahan lain termasuk ruang menimba kemahiran memasak, menjahit dan juga kaunseling. 

''

Terdapat juga bilik-bilik rekreasi untuk para penghuni berhibur dan juga dewan luar untuk beriadah.

USAHA MEMASTIKAN PARA PENGHUNI DAPAT KEMBALI KE PANGKUAN MASYARAKAT JUGA PERLUKAN USAHASAMA MASYARAKAT

Semasa lawatannya, Dr Faishal menarik perhatian tentang pentingnya kerjasama antara badan-badan masyarakat dalam proses pemulihan dan pembangunan para penghuni Rise Above. 

"Antara kerjasama itu termasuk bekerjasama dengan Pejabat Khidmat Sosial (SSO) untuk sokongan pengurusan kes, serta kerjasama dengan divisyen akar umbi Kolam Ayer bagi pendampingan masyarakat," kata Dr Faishal. 

Anggota Parlimen bagi AP GRC Jalan Besar Dr Wan Rizal pula berharap para penduduk dan rakan-rakan masyarakat di kawasan tersebut dapat menyokong program-program yang diusahakan Rise Above. 

''

"Kami akan menyokong program-program yang dijalankan rumah peralihan ini. Saya harap masyarakat sekeliling terutama sekali di divisyen Kolam Ayer dapat menyokong program-program mereka dan bekerjasama untuk mendampingi para penghuni di sini. Saya rasa ini adalah penting bagi kita sebagai satu masyarakat." 

DIURUSKAN SEPENUHNYA OLEH KAKITANGAN WANITA

Rumah peralihan wanita pertama yang bersifat sekular itu mengambil pendekatan mesra keluarga dalam persekitaran, perkhidmatan dan program-program pemulihannya.

"Rise Above akan menyediakan sekitaran yang berstruktur dan selamat untuk para pesalah wanita dan agar mereka dapat memperbaiki kemahiran yang mereka pelajari di program-program pemulihan di dalam penjara," kata Dr Faishal. 

Menurut Presiden PPIS Cik Hazlina Abdul Halim pihaknya akan berusaha untuk menyediakan prpgram pemulihan yang holistik bagi para penghuni.

''

"Yang penting buat kami ialah untuk mengenal pasti dan memahami perbezaan yang dilalui oleh seorang penghuni wanita. Kami akan rangkumkan pengalaman itu untuk dijadikan panduan bagi kami melakarkan program-program menggambarkan keperluan masa hadapan," kata Presiden PPIS, Hazlina Abdul Halim.

Rumah peralihan itu akan diuruskan sepenuhnya oleh kakitangan wanita. 

''

Setakat ini, sekitar 10 kakitangan yang merangkumi para pekerja sosial, anggota Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) dan PPIS ditugaskan menjalankan program-program di Rise Above. 

"Antara fokus kami, selain pekerjaan dan tempat tinggal sesuai untuk mereka, adalah juga untuk mengadakan kaunseling individu, sesi terapi secara berkumpulan, aktiviti untuk keluarga, rekreasi yang sesuai untuk wanita. 

Bengkel-bengkel yang akan dapat membantu mereka mempertingkatkan diri dan juga peluang untuk menjadi sukarelawan juga akan diadakan," kongsi pengurus pusat Rise Above, Cik Saleha Rashidi.

''

Sebagai permulaan sembilan pesalah berbangsa Melayu dan Cina dalam lingkungan usia 20-an hingga 60an tahun akan menjadi penghuni pertama rumah peralihan itu apabila ia mula beroperasi pada akhir bulan ini.

Mereka merupakan para pesalah dari Penjara Changi.

Para penghuni akan ditempatkan di rumah peralihan itu antara enam bulan hingga setahun.

Sumber : BERITA Mediacorp/hk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan