Rumah Kebajikan Muhammadiyah agih jumlah biasiswa terbesar tahun ini
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Rumah Kebajikan Muhammadiyah)
SINGAPURA: Seramai sembilan bekas penghuni Rumah Kebajikan Muhammadiyah (RKM) menerima biasiswa Al-Fatih berjumlah S$41,700 tahun ini.
Jumlah itu merupakan yang terbesar bagi bekas penghuni RKM sejak biasiswa itu diperkenalkan pada tahun 2013.
Setakat ini, lebih 110 biasiswa Al Fatih sudah diberikan.
Biasiswa itu bertujuan menggalak bekas penghuninya meneruskan pendidikan ke peringkat posmenengah.
Ketua RKM, Rahmatunnisa Abdul Majeed berkata: "Biasiswa ini adalah satu bentuk sokongan untuk bekas penghuni RKM supaya mereka melanjutkan pembelajaran di sekolah dan dapat menamatkan pembelajaran mereka dengan baik. Wang yang diterima dapat digunakan untuk membiayai kos makan dan pengangkutan. Dengan itu, ia mengurangkan tekanan untuk mencari kerja sambilan bagi memperolehi wang tambahan."
NILAI BIASISWA BAGI PENERIMA DINAIKKAN
Tambahnya, nilai biasiswa yang diberikan kepada setiap penerima juga dinaikkan berbanding tahun sebelumnya.
RKM menambah nilai biasiswa sehingga 20 peratus.
Buat pertama kalinya juga, ia diberikan kepada bekas penghuni RKM yang berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat menara gading.
"Kami mendapat maklum balas daripada para penerima Al Fatih tentang kenaikan kos kehidupan seperti makan. Oleh itu, untuk tahun ini kami menaikkan jumlah Al Fatih dari S$2,500 setahun ke S$3,000 setahun bagi mereka yang pelajar ITE, manakala bagi pelajar Diploma, ia dinaikkan daripada S$4,700 ke S$5,400 setahun. Pada tahun 2024, buat pertama kali, kami mula beri Al Fatih kepada pelajar Universiti iaitu sebanyak S$6,600 setiap tahun," katanya lagi.
ERWAN AFFIAN PENERIMA AL FATIH PERTAMA YANG LANJUTKAN PENGAJIAN KE UNIVERSITI
Muhammad Erwan Affian, 24 tahun mencipta sejarah sebagai bekas penghuni RKM yang berjaya lanjutkan pengajian ke peringkat universiti.
Beliau juga merupakan penerima biasiswa Al Fatih yang pertama yang melanjutkan pengajian dalam bidang Seni Halus.
Menurutnya, dengan biasiswa itu ia akan dapat meringankan beban kewangannya, sekali gus dapat memberikan lebih tumpuan terhadap pembelajarannya di universiti.
Erwan dimasukkan ke RKM pada 2017, semasa usianya 17 tahun.
Pada 2018, Erwan berjaya lulus daripada ITE dengan gred purata (GPA) sebanyak 3.5 mata.
Keputusannya itu berjaya mendapatkannya tempat di Maktab Seni LASALLE di mana Erwan meneruskan pendidikannya dalam jurusan Seni.
Menurutnya, beliau memang sudah meminati bidang tersebut sejak kecil lagi dan bertekad untuk menonjolkan bakatnya dalam bidang itu.
Dengan biasiswa ini, beliau tekad untuk mengejar cita-citanya untuk menjadi seorang guru seni.
"Keputusan untuk memasuki LASALLE adalah salah satu langkah untuk menambah ilmu dan meraih pendedahan dalam dunia seni," kata Erwan kepada BERITA Mediacorp.
Beliau kini tinggal bersama ibu dan dua adik perempuannya.

Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.